Pages

Followers

06 April 2010

Hapdet dari aku

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, April 06, 2010
Salam semua,

Jumaat - 2 April 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi

Arini kita telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan-kalangan ahli JannatulFirdausi. Aminn..Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi dugaan dari-Nya.
Al-Fatihah.


Sabtu - 03 April 2010


Arini aku ada gotong-royong utk perlaksanaan 5S di pejabat. Aku sebagai PIC utk zon Biru yang sememangnya utk buat 5S di sekitar kawasan Bilik Perolehan dibantu oleh Pn. Haliza dan Encik Farouk. Ini kali pertama gotong-royong ini diadakan dengan membawa misi utk menyusun, menyisihkan barang2 yang tidak akan digunakan lagi. Leteh gila wehhh jadi buruh paksa ni.hahahaha.. gambo? later la ok aku uploadkan ok. Petang balik dari opis, Encik Hubby ajak temankan dia pegi tempah blazer. Apa lagik??? Aku harus jugak mendapat satu pasang blazer baru .TQ Encik Hubby :))

Ahad-04 April 2010

Arini aku spend time kat rumah je memandangkan hampir dua minggu aku tak rehat selepas balik dari Genting Highlands. Arini menu tengahari : Gulai daging bersama kentang, sayur campur, ikan masin goreng, sotong goreng kunyit! Haishhhhh..dah lama rasanya tak masak utk Lunch di rumah :))
Sambil tue, aku ngemas rumah, lipat baju yang dah basuh, packing barang2 utk Kursus kat Melaka esok (Isnin) sampai Khamis nanti.
Petang- Kuar Jalan2 sekitarKL dengan Encik Hubbby :))


Isnin -05 April 2010

Masuk opis mcm besa. koi 12.30 dah gerak dari KL ke Melaka. Gedebuk-gedebak, koi 4 ptg elok2 sampai kat hotel.Aku kat sini sampai Khamis ni sebagai organiser bersama MOFutk Kursus Perolehan Kerajaan dan Aset bersama 30 orang peserta yang lain. :))




See you :))

2 komen:

Haffiz Al-Banna on Apr 14, 2010, 5:42:00 AM said...

akak..mana perginya shoutbox kak?

Lalinkfyza on Apr 14, 2010, 8:30:00 AM said...

Encik Hafiz:
ada la..nanti saya cek balik ok.anyways, thanks sudi singgah :)

Related Posts with Thumbnails