Pages

Followers

16 March 2011

(Incik Hubby) Trip ke Bangkok Part II

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 16, 2011 0 komen

Assalamualaikum w.b.t

Hari Ketiga di Bangkok, diorang semua pegi berjimba melawat tempat-yempat menarik di sekitar Bangkok :) 













(Incik Hubby) Trip ke Bangkok Part I

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 16, 2011 0 komen

Assalamualaikum w.b.t

Yeay! Incik hubby sudah balik dari trip ke Bangkok. So tak der sedih sedih lagi! *gumbira* dan kali ini saya update sedikit cerita dan gambar untuk semua. Boleh juga dijadikan kenang-kenangan untuk saya *smile* 

4 Hari 3 malam berada di bumi Bangkok dengan jadual yang padat dan hasilnyaaaa banyak kenangan yang dapat di abadikan :) Tak boleh cerita panjang sgt sebab saya sendiri pun tak dapat pergi :( 











Alhamdulillah

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 16, 2011 1 komen

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurnia rezeki dari-Nya. Saya amat-amat bersyukur dengan segala rezeki yang dilimpahi oleh-Nya buat kami sekeluarga. Baik dari saya dan suami, keluarga saya, keluarga dari sebelah mertua, segalanya dalam keadaan baik dan kami semua amat bersyukur dengan rezeki yang kami ada. Bukan lah kaya-raya seperti tokey Ferari, tetapi apa yang kami ada cukup untuk membuat kami berasa selesa untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ciptaan Allah s.w.t 

Adat manusia, lumrah alam. Setiap kegembiraan yang kita dapat pasti ada kedukaan yang kita terima. Lumrah alam bukan? Kehidupan ini kita akan lalui segala suka, duka, gembira, sedih, bahagia, bergaduh itu semua ada resam kehidupan selagi kita bernafas dan selagi kita bergelar manusia. 

Ada pihak yang kurang senang apabila melihat kegembiraan orang lain. Ada pihak yang menyokong kegembiraan serta perubahaan yang hendak dilakukan dalam hidup kita dan ada pihak jugak yang kurang senang dalam erti kata lain bersifat hasad dengki dengan kelebihan yang kita ada. Apapun yang terjadi, segalanya kembali pada niat asal kita. Kalau baik niat kita, baik la jadinya. Kalau jahat niat kita, jahat la jadinya. Segalanya terpulang pada hati kita. Sejauh mana keikhlasan dari hati kita.

Sama juga dalam konteks berkawan. Kalau niat kita nak menjadikan kawan kita baik, InsyaAllah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. InsyaAllah Dia akan membimbing kita ke arah kebaikan. Dan jika niat kita berkawan itu adalah sebaliknya maka sebaliknya juga la yang terjadi. InsyaAllah, Allah takkan merestui niat buruk kita terhadap kawan kita. 

Kebelakangan ini, banyak kejadian yang mengajar saya erti persahabatan dan keihlasan hati. Saya anggapkan itu adalah jalan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t supaya saya lebih berhati-hati dalam berkawan di masa hadapan. Terima Kasih Ya Allah..Aku amat bersyukur di atas petunjuk dari-Mu.


Notakaki: Saya berdoa semoga Allah melembutkan pintu hati kamu dan sedar atas kesilapan yang kamu lakukan selama ini serta cepat-cepat berubah ke arah yang lebih baik. Ammeennnn..  




09 March 2011

(TOLONG) Saya Tengah Down :((

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 09, 2011 4 komen

Assalamualaikum w.b.t

Macam mana nak mulakan cerita ni ya? *sob..sob..sob* Sebenarnya semangat saya tengah "down" sangat2 sekarang ni. Macam - macam hal yang terjadi sejak dua menjak ni. Saya harap sangat hati saya kuat untuk melawan segala dugaan yang datang pada saya. :( 

Down I :

Bergaduh dengan 2nd bos dlm opis ni! Boleh x gitu? hadoiii walau tak boleh pun benda dah jadi. Entah la ek..mungkin sebab perangai saya yang lantang bersuara ni kot! Lepas Lantangnya bersuara baru teringat yang dia tu merupakan 2nd boss dlm opis ni. hahahaha..*Gelak sekadar menyedapkan hati* 

Mungkin saya jenis lantang bersuara apabila benda tu dah memang terang terang salah. Tentulah kita tak nak buat salah kan semata-mata nak senangkan pegawai-pegawai ni kan? huh! U silap orang la ok? Saya bukan jenis yang menurut perintah kalau dah tahu perkara tu memang dah salah. Easy bukan? Just do ur own job dan jangan ganggu kerja saya! 

Oh lupa pulak saya kan awak ni gred 44 yang baru saja memangku gred 48! Yang dulunya meja dan kerusi awak di luar sama dengan kami yang gred bawah ni. TAPI!!!! Itu tak bermakna awak boleh bagi arahan atau lebih tepat sekali buat arahan sesuka hati awak hanya kerana nak menyenangkan kerja awak! Helloooooo pleaseeeeee la!~ Its don't mean u boleh buat sesuka hati u saja hokey! 

Down II :

Bergaduh dengan bos sendiri! Teruk kan?? Dulu unit saya punyai 2 orang pegawai yang sangat baik hati, berdedikasi, sangat rajin dan paling penting bertoleransi! Sepanjang saya bekerja dengan depa ni tak penah lagi la saya tengok depa ni seleweng ka, mengulat ka, dan yang sama waktu dengannya!

Tiba lah sekarang di mana zaman kuku besi sudah bermula! Pegawai yang baru naik ke 44 datang menggantikan pegawai lama. Punyalah bangga dia punya nombot 44!!

44     : Asyik makan je, keje tak nak buat! (dia sound saya time kami tengah buat 5S)

Saya  : Heh, sekurangnya saya buat keje. Lain la En.***** tu asyik main hanpon je kehulu kehilir! 

44     : Tengok nomborrrrrrr laaaaaa (maknanya saya 17 dan En.***** ni 44 )

Saya : Apesal? 44 x masuk kubur ek? 17 jer masuk kubur??? (balas saya)

Itu antara eksident saya dengan dia bertekak. Saya faham dia pegawai dan saya sebagai orang bawahan dia, saya perlu hormati dia. Tapi itu tidak bermakna dia boleh menghina saya, memberi arahan yang tidak sewajarnya utk saya lakukan di luar bidang tugas hakiki saya..

Kpd En.***** , jika terbaca la luahan hati saya ini, saya harap Encik dapat mengubah perangai BERLAGAK tu. Berpangkat itu tak bermakna awak boleh berlagak sesuka hati, menghina orang sesuka hati. Ada pegawai lain tu rileks je..tak der pun nak berlagak bagai berbangga dengan pangkat yang ada..pangkat yang ada, hanya di dunia..Akhirat kelak, amal ibadat kita yang akan membantu :) 

**********************

Seriosly saya sangat rindukan boss lama saya dua orang tu. Selama saya bekerja di Unit ni, belum pernah lagi saya menangis atau semangat saya down sebegini rupa. Walaupun kadang-kadang kerja yang banyak, tapi saya enjoy saja buat kerja. Untuk pengetahuan semua, boss lama saya bertukar sebab kenaikan pangkat juga. Pn Haliza & En. Farouk, saya rindukan kepimpinan kamu berdua :( 

Down II:

Ni part paling down ni! Jap sebelum tu nak tanya dulu, korang penah pegi Bangkok x kawan-kawan?






sambung balikkkkk.. haaaaa ada tak yang pernah sampai Bangkok?? Jumaat ni Incik Hubby nak pegi Bangkokkkkk!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaa :(( sob..sob..sob... sedih kan?? huhuhuhuhu.. 

Weekend lepas, saya temankan dorang yang nak pegi trip ke Bangkok ni g cari baju. huhuhu kat sana nanti dorang ade dinner glamour de amor lagi. masing-masing sibuk mencari dress yang santek-santek nak melaram, Incik hubby pulak senang je die memang nak pakai suit jer. Cuma nak beli jugak kasut baru. adoiii kalah la org pumpuan len. :) 

Perasaan saya? sayu jer tengok dorg semua ni tengah pilih-pilih baju, pilih-pilih kasut..Rasa macam nak nangis pulak. Air mata bergenang je nasib baik sempat cover! Gambo? xde mood nak snape time tengah membeli belah sebab betul-betul tengah sedih :(( *betapa sedihnya perasaan saya*.Saya tak dapat pegi sebab masih berpantang selepas keguguran. Beside that, Incik Hubby ke Bangkok atas urusan kerja. huhuhuhu..Urusan kerja pun kauuuu..Siap ada naik criuse lagi. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :((

Semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan juga selamat ketika berada di bumi Bangkok :) Ameeeennnnn.. 

02 March 2011

Terima kasih awak!

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 02, 2011 8 komen
Pastinya awak masih ingat lagi bait-bait lagu di bawah kan awak? Bait-bait lagu yang pernah awak tujukan pada saya sewaktu kita masih lagi belajar bersama.. sekarang..awak dan saya punya haluan sendiri..punya perjalanan masing-masing..punya takdir tersendiri..Terima kasih awak.. *sob..sob..sob..* 


Jangan pernah takut ku tinggalkan 
Saat bintang tak mampu lagi berdendang 
Saat malam menjadi terlalu dingin 
Hingga pagi tak seindah biasanya 

Korus 
Takkan mungkin kita bertahan 
Hidup dalam bersendirian 
Panas terit hujan badai 
Kita lalui bersama 

Saat hilang arah tujuan 
Kau tahu ke mana berjalan 
Meski terang meski gelap 
Kita lalui bersama 

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi 
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik 
Agar kita tak pernah menjadi jauh 
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh 

Ulang Korus 

Pernah kita jatuh 
Mencuba berdiri 
Menahan sakit dan menangis 
Tapi erti hidup lebih dari itu 
Dan kita mencuba melawan

Terima kasih awak..saya tahu awak sentiasa mengikuti perkembangan tentang diri saya walaupun awak ego tidak mahu menunjukkan perasaan awak yang sebenar kan.. saya tahu..awak masih sudi mengambil berat tentang saya yang dulu pernah menjadi teman baik awak..terima kasih untuk saat-saat terindah semasa kita berkawan baik dulu..

Last but not less, saya tahu awak selalu baca blog saya walaupun awak pretend seperti tidak tahu apa address blog saya! :) 

Thanks you awak! Saya doakan kebahagiaan awak selalu :) 

01 March 2011

WHAT A DAY !! PART II

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, March 01, 2011 3 komen

Assalamualaikum w.b.t


WHAT A DAY !! PART II ini adalah rentetan sambungan daripada kisah WHAT TA DAY!!! PART I *muehehehehe*


Kisahnya weekend lepas (Ahad) saya ke Nilai bersama Incik Hubby. As usual, weekend kalau tak dak aktiviti apa apa kami akan ke rumah kakak Incik Hubby luangkan masa melawat keluarga di sana.  Sewaktu kami baru je sampai di parking kat bawah rumah terserempak la dengan jiran depan rumah. Depa ni chinese kat so memang sangat baik dengan kami (saya dan Incik Hubby). Kebetulan la dah lama tak jumpa since saya bercuti sakit di kampung selama 3 minggu. 

Jadinya kami berborak-borak sambil naik tangga. Rumah saya tingkat 1 jer so memang takkan naik lif la sebab lif pun jauh di bahagian tengah bangunan. Baik naik tangga je sebab rumah memang depan tangga. Muehehehe.. Dah sampai depan rumah tu lepas dah buka pintu rumah terjengul la si kecik 2 ekor tu.. (Si Mimi & Si Hiro) waktu tu dah pukul 11.30 malam. Esoknya Isnin iaitu hari bekerja ya kawan-kawan...

Haaahhh!! Dah kebetulan la sis amoi ni nampak si kecik 2 ekor tu..apa lagi..die meluru la datang main dengan si kecik 2 ekor ni.. Dulu dorang pun bela juga kucing but since dia dah ada baby ni, mummy dia tak bagi la bela kucing sebab kucing kan binatang berbulu..huhuhu..jadi dia melepaskan rindu utk bermain dengan kucing di rumah kami..

Sambil - sambil sis amoi ni bermain bermanja dengan si kecik 2 ekor ni, saya kemaskan dapur (rumah saya jenis dapur di depan) so boleh la nak melayan tetamu yang datang kan sambil menjeling ke arah jam di dinding..Terdetik dalam hati jahat ni *amoi ni tak nak balik ke dah lewat tengah malam dah ni..esok nak keje..mata dah mengantuk ni..*

Incik hubby pulak melayannnnnn sis amoi ni dengan ramah tamahnyaaa..bagus melayan tetamu ni..tapi dah tengah malam kan..lepas dah habis sesi beramah mesra dengan Si Mimi & Si Hiro, dia promote pulak suruh beli kopi langsing la, promote insurance la, promote suruh beli barangang emas white gold dari Korea la..*haiyakkkkkk amoiiii..Esok saya mau kerja Looooo..huhuhuhu* 

At the end maybe dah timbul kesedaran kot yang dah tengah malam, dia pun keluar nak balik..Sepantas kilat la saya mengunci pintu pagar kan..Tetiba dia sambung lagi promote kopi langsing dia suruh Incik hubby beli. *adoiiii amoiiii sekarang dah pukul 1 pagi maaaaa* huhuhu.Terdetik dalam hati la..bukan tak suka orang datang rumah cuma dah tengah malam kan..datang promote direct selling pulak tu...Akhirnya dengan perasaan hampa sis amoi tu berjalan balik ke rumahnya dengan perasaan hampa tak dapat buat sale utk kopi langsingnya... 

Tengok jam di dinding, dah pukul 1.15 pagi. What a Day!!!!!! haihssssssssssssss -__- 


kartun dari google :) 


My Hiro


Si Mimi 

THE FACEBLOG

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, March 01, 2011 1 komen

Assalamualaikum w.b.t

Haaahh rasanya dah ramai yang tahu pasal kewujudan THE FACEBLOG ini. Cuma saya jerk antara yang baru terkedek-kedek nak sertai komuniti The Faceblog ini. hahaha..Biasa la orang yang sibuk kalah Menteri ini memang la selalu macam ni. Entry yang dah berlapuk ini, saya siapkan juga hari ini. Kan semalam saya dah berjanji yang saya akan cuba juga shared entry-entry yang boleh dikongsi bersama readers sekalian kan :) 

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


Jadi apa tunggu lagi? Moh la kita sertai komuniti The Faceblog ini. Disamping boleh berkongsi pelbagai informasi , dapat juga kita menambah rakan blogger kita. kan kawan-kawan?? 



Related Posts with Thumbnails