Pages

Followers

27 December 2010

Bila saat saya mula membebel~~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, December 27, 2010 0 komen
Salam semua..

waaahaaaa dh lama blog ni tak berupdate kan! sorry la banyak benda yang saya perlu dahulu settle kan sebelum nak mengupdate blog ni. Tunggu betul2 ada banyak masa terluang, idea mencurah-curah baru la boleh update blog dengan senang hati. Tak begitu kawan-kawan? waaaaaa u look likes very the bz woman la pija!~ keh keh keh..

Hujung-hujung tahun ni la saya sangat2 bz. Mana dengan dok pulun nak siapkan keja, nak kejar due date utk close akaun lagi dan jangan tak tahu, dalam perkhidmatan awam yakni goverment a.k.a kerajaan ni semua bayaran yang dibelanjakan pada tahun semasa perlu diproses bayarannya pada tahun semasa jugak.Senang cita, tahun ni punya belanja, tahun ni jugak bayarkan. kalo dah masuk tahun beru nanti, banyak la step lain yang kena ikut sebab kena minta kelulusan Kementerian Kewangan. Haaaaaaa susahkan? Dan atas dasar tanggungjawab itu lah saya perlu selesaikan segalanya sebelum close akaun 2010 ni. Bz nyaaaa bz bz bz~




Tq uncle google

Apabila hujung tahun jugak la musim "mengawan" maka ramailah saudara mara dan sahabat handai yang mengambil peluang utk mengakhiri zaman solo n single mereka :)) 
Selamat Pengantin baru di ucapkan kepada mereka semua yang mana telah selamat di Ijab Kabul  dengan pasangan masing-masing. Semoga kalian sekeluarga berbahagia hingga akhir hayat Aaaaminnn..




  Tq uncle goole

Dan tidak ketinggalan jugak para para jemaah haji yang telah selamat pergi dan pulang ke tanah air dari menunaikan fardhu haji dari Mekah Al-Mukarramah 




Gambar dari Incik Google

Tapikan dalam banyak2 membebel ni, pagi ini bila buka blog ni saya tengok followers saya dah berkurangan seorang la! hurmmm... tak pe..saya tak paksa pun sape yang nak follow blog ni, bukan nya hebat mane pun blog saya ini..cukup apa yang dihasilkan adalah keikhlasan dari hati saya sendiri. Saya bukan bloger sepenuh masa jadi saya minta maaf kalau la saya tak update blog ini membuatkan anda semua merasakan saya tidak serius utk terus berbloging. Haruslah diketahui yang saya masih ada banyak kerja lain yang perlu saya dahulukan lagi. kan kan kan ??  Jangan la follow saya semata-mata nak saya jadi follower awak tapi bila saya lama tak berupdate blog, awak terus pangkah saya dr senarai blog list awak! huh! menci tau..pagi-pagi lagi dah touching!~ haishhhhhhh~



Bye~~ Peace No War !~






04 November 2010

Cik Warnida giveAway

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, November 04, 2010 5 komen
atrikh tutup penyertaan : 1 Disember 2010



GiveAway ketiga ini datangnya dari sahabat blogger saya juga iaitu Cik ezzatie. Thanks ezzatie sebab sudi tagkan akak yer..ni pun dah terlewat siapkan tag ni sebab busy dgn kerja-kerja di pejabat. +_____+

GiveAway ni dibuat bagi meraikan 3rd Anniversary blog Cik Warnida yang somel ini so beliau bermurah hati utk menagdakan giveaway ni. Hadiah?? itu Rahsia!!~..haaaa..kalo nak tahu ape hadiahnye, kena la join GA ni dan jadi pemenang baru la tahu ape hadiahnye..hehehehehe..tipu jer..hadiah akan dimaklumkan dalam masa sebulan so kena rajin2 la menjenguk ke laman blog cik warnida ni ^_____^

So Sahabat blogger yang bertuah :

' Give Away Nazz@Purple '

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, November 04, 2010 4 komen
Tarikh Tutup Penyertaan : 12 Nov 2010 (12.00 am)

Cerita giveAway datang lagik yer.. GiveAway contest saya yang kedua jemputan dari sahabat blogger saya En. Notami Yang Baik Hati ..baik ke?? mesti la baik hati kan..kalo tak, takkan la Bro Notami ni nak jemput saya join contest ini kan.hikhikhik Thanks En. Notami yang baik hati =)

Ini adalah first GiveAway dari Nazz@Purple.. Purple?? hurm..i like purple very much!!~

Pemenang yang bertuah akan dipilih oleh Cik Nazz@Purple mengikut cabutan bertuah so sape2 yang bertuah tu akan menerima hadiah felt keychain dengan nama anda sendiri dan di belakang keychain pulak akan diletakkan nama sesiapa sahaja yang anda nak seperti nama hubby ke..bf ke..bff ke..dan sebagainye..

Saya mau tag :
So lets support this giveAway =)
pada yang tak kena tag tu, kalo nak join pun amat di alu-alukan =)

03 November 2010

My beloved Mimi and Tommy

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, November 03, 2010 6 komen
Ini Jam entry pasal kucing pulak. Sememangnya keluarga saya memang jenis sayang kucing. Dah menjadi tradisi kami dah membela kucing ni. Jgn tak tahu, bela kucing pun satu terapi jugak. yer la balik keje penat2 tengok keletah diorang ni boleh buat ilang penat =)

Mimi nama diberi.Asalnye nak letak Bella tapi memangdangkan mama saya asyik panggil Mimi jer lama-lama terlekat la nama mimi ni dengan die. so kami namakan dia Mimi. Mimi ni hadiah wedding anniversary dr En.Hubby kpd saya. =)

Dia lah pengubat duka saya skrg.. Ibaratnya macam anak la kan..tak der die, rasa sunyi pulak rumahku..Pernah dulu kami tinggalkan dia di kampung buat sementara waktu, sunyinya rumah. Yerla selalu balik keje ada jer dia tunggu disebalik pintu..haishhhh tak leh jadi mcm ni, kami decide bawa la dia balik ke KL ni..

Mimi ni manja sangat. Pandai pulak tu..tidor mesti nak dlm aircond. haduiiiiii..Mimi oh Mimi..
Then, di mana kami berdua ada, di situ la dia ada..hahahahaha..mcm anak kan?
kalo balik kg di Perlis, mimi tak banyak ragam sepanjang 6 jam perjalanan ke Perlis.
Alhamdulillah..senang kami nak bawa dia balik kampung..

Tapi satu habit buruk si Mimi ni, dia ni pentingkan diri sikit. dia tak kesah anak dia kat mana. yang penting dia senang..anaknya kami tinggalkan di kampung utk mama..kalo balik kampung, dia tak suka la si anak ni main2 dgn dia. yang si anak pulak asyik la nak berkepit dgn ibunya +_____+
Kesian si Tommy (Nama tommy diberi sebab dia yang paling nakal)

Ni la peneman sunyi saya ^__^



cumi kesayangan iwan =)


ciki dlm kenangan =(
Telah bertukar pemilik dan skrg dia tinggal di putrajaya



Ni la rindu seekor anak pada ibunya =)


Ibu..saya nak tidur sebelah ibu boleh??


Ibu taknak diganggu.huhuhuhu..
[Mimi ni ibu yang pentingkan diri sendiri.hahahaha..
tak suka anaknye dekat2 dgn dia. dpaat penampar free jerk' nanti =( ]


bestnye dapat tidor dengan ibu saye ^_____^


Ibu peluk la saya +___+


Ibu taknak peluk saya tak pe la +____+


Ini jam semuanya masih kecil lagi dlm umur 2 bulan kot.
2 ekor dah dijual =(
cuma tinggal seekor je utk Mimi.

Birthday party Mr.Pat

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, November 03, 2010 0 komen
Last week dalam demam-demam tu saya gagahkan semangat dan diri jugak menghadiri jamuan ringan meraikan birthday seorang sahabat baik kami yang seorang ni..walaupun demam tak ok lagi tapi kalo mastermind tak turun padang mana meriah kan. hahahaha..

Berbekalkan sebiji Kek Birtday hasil sentuhan Kak Zai tokey kek yang marveloussss ni. =)
Kami kumpulkan semua kawan-kawan yang lain utk buat suprise pada Mr Pat ni.
Jom layan pics ni =)


"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Mr. Pat, Allah selamatkan kamuuuu"


wish dulu baru tiup =)


kan dah kena sembur!~


pasrah =)


Hadiah bunga semperna meraikan kejayaan Pat as a Mq melayu pertama di Perlis =)


best dapat bunga =)


En.hubby?? hahahahaha our great mastermind hikhikhik



Sahabat - sahabat yang sentiasa menyokong kami 
i luv u all so much
mmmuuuaahhhh
=)

29 October 2010

1st GA dr NUSHA

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, October 29, 2010 11 komen

tarikh tutup : 08/11/2010

Salam semua..
Arini saya dapat tag daripada sahabat blogger saya En.Notami utk join contast 1st GA dr NushaIni 1st time Cik Nusha buat contest GA ni dan ini jugak 1st time saya join contest. Sebelum ini, saya tak pernah join mana-mana contest lagi di blog.Bukan tak suka, tapi saya tak pandai..hihihih..
So apa lagi jom kita support ramai-ramai contest ni =)

Tarikh tutup: 08/11/2010

Hadiahnya?? 
  • Topup RM30 dan special gift dari Nusha
  • Topup RM10 dan special gift dari Nusha
  • 5 special gift yang bertuah~
Kat sini saya nak tag 3 sahabat saya :
p/s : kak Nusha, harap-harap murah rezeki saya :))


~Denggi~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, October 29, 2010 0 komen








p/s: Jagalah persekitaran anda. denggi boleh membawa maut. Nyamuk tak mengenal mangsanya!~

Family baru kami =)

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, October 29, 2010 0 komen



Alhamdulillah rezeki yang dikurniakan oleh-Nya utk kami sekeluarga. 
Syukur sgt2 atas limpah rahmat rezeki buat kami sekeluarga.  
Ahli keluarga baru kami ini kepunyaan En.Hubby  =)


Yang sulung tak pernah dilupa =)
cuma skrg ni tak der dah la insiden berebut kereta lagi =)

p/s : Welcome home our new family =))

My BFF

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, October 29, 2010 0 komen
Hurm..sorry to all readers..ini entry ini sepatutnya dah lama aku post kan tapi amik masa berbulan jugak pending kat dlm draft sebab bz dgn keje. keh keh keh..

Tengahari tu..baru je nak lelapkan mata, aku terima SMS~

Kem : Fiza, aku dpt keja Pemb. Tadbir kewangan  kat KL

Aku : Ya ka? Alhamdulillah..akhirnya ada jugak rezeki ang dpt keja tetap. Kat mana?

Kem : Kat SKM. Pejabatnya kat The Mall
          Tp nnt aku nak dok mana? ang la org pertama yang aku bgtau ni.
          Even mak aku pun tataw lagi ni.
          Aku kena report duty 1hb nanti.

Aku : Xpa la, ang dok la umah aku dulu sementara nak dapat umah sewa ok?
         Hubby aku no hal la bab2 mcm ni..
         kebetulan minggu ni kami nk blk kg so blh la ang tumpang aku mai KL.
         terus angkut brg sekali.
         dok umah aku dulu, nnt pagi2 kita pg keja sekali.
         Xda masalah la wehh boleh la..dok umah aku dulu ok.

Kem :Ok.thanks wehh.
         Nnt apa2 hal, aku bgtau ang ok.

sms ini aku terima dari sahabat baik aku Kem dari kecik2 sampai la skrg ni, gadis lepasan Ijazah Bidang Ekonomi dari University Malaya yang kini sedang bekerja sebagai Admint Exercutive di sebuah hotel milik sepupunya di Perlis..Yer la zaman sekarang yang serba mencabar ni kata org tak boleh terlalu memilih kerja. Peluang yang ada rembat je buat sementara waktu sebelum dapat keja tetap.betul tak? atas alasan itulah, si Kem ni tak memilih kerja langsung dan baru-baru ini, dia telah mendapat tawaran kerja tetap menjadi ahli keluarga baru dalam jabatan kerajaan di KL walaupun jawatan tersebut bukanlah setaraf dengan kelulusan yang dia ada.

Dan sku sebagai salah seorang sahabatnya sgt la seronok mendapat perkhabaran gembira ini. Tambahan pulak, aku la org pertama yang dia bgtau berita gembira ini. Sekadar ingin membantu sahabat baikku ini, aku bertanya pada En.Hubby boleh tak dia tumpang tinggal dirumah aku buat sementara waktu sebelum dia dapat rumah sewa dan Alhamdulillah En.Hubby tiada masalah. Lagipun ada jugak la aku peneman ketika En.Hubby bertugas di malam hari.

Day by day..kami jalani kehidupan seperti biasa sementelah itu Kem ni belajar menyesuaikan diri dengan keadaan di  tempat kerja barunya, belajar naik bus utk balik ke rumah ku jika dia kena stay back di pejabat sampai mlm, belajar bangun awal pagi sebab kami pegi keja naik keta so kena la gerak awal dari rumah utk elakkan kesesakan lalulintas di KL ni.

Sekurang-kurangnya ada la aku peneman berbual sebab En.Hubby memang jarang ada dirumah kerana tuntutan tugasnya.Thanks Kem, sudi jugak tinggal dengan aku walaupun hanya utk sementara. hihhihihi..
Sebulan berlalu..rumah sewa pun dah dapat..kami pegi cari area Bandar Baru Sentul, dan Alhamdulillah dapat pulak mlm tu jugak. So kami decide utk booking rumah tu..bukan apa takut nanti org lain amik kan..lagipun rumah sewa dekat BBS tu mcm goreng pisang panas je. Sekejap je tampal iklan mesti ada yang call tanya pasal umah sewa.(Aku berckp berdasarkan pengalaman aku iklan cari teman sebilik time bujang dulu)

Sebelum masuk umah baru, harus la beli barang2 dulu kan?? Sempat lagi kami shopping utk barang2 Kem nak masuk umah baru dia. :))



Perghhhh banyaknye la barang ang ni Kem. hakhakhakhak..tak pa mesti complete semua kan senang, tak payah nak kongsi-kongsi barang org, nak pinjam-pinjam barang org lain kan (itu perangai aku Kems)


Tadaaaaaaaa Cik Kems My BFF

Kalo bab makan... yang kena pantang pun boleh dimakan time tue. hahahahahaha :p




Lepas makan, sempat lagi singgah Brem Mall niat di hati nak tengok Magika, sekali tak der lagi la kat Big Cinema ni hadoiiiiii apa lagik?? Karaoke la jawabnye sampai lebam!!~



Ape2 pun thanks Kems sebab sudi tumpang umah aku tu. Daripada perangai yang takut kucing boleh berubah kepada tak takut kucing. bagus jugak dok umah aku tu.hakhakhakhak..mana tak nya..kalo dah hari2 si MIMI tu asyik memvontot je si Kem ni kesana sini dlm umah tu, tak der nye dah nak takut dgn kucing kan Kems? Skrg ni weekend pun Kems masih lagi dtg lepask umah aku. Yer la dok umah sewa pun bosan jugak kan kalo tak der geng ni. hikhikhik..


p/s: Kems, jadi tak kita nak bershopiing + bowling weekend ni?

26 October 2010

"Info: Beware Girls!!!"

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, October 26, 2010 15 komen
Hi...Girls.. ....Take care. 

Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polisi datang ke arah saya.

" Selamat Pagi, Cik Kak.."

"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.
Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.


Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".


"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya
Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.Moral of the story: Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik
penjenayah!!

-> Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Tolong sebarkan kepada yan tersayang. 

===========================================

Patut lah En.Hubby selalu sgt marah2 saya kalo saya nak letakkan teddy bear ke, pooh ke, gantung2 patung dlm Cik Putih saya.. Ada udang di sebalik batu rupanya.. Thanks to Kak Amyna yang sudi berkongsi cerita ini utk dikongsikan bersama readers2 lain. Thanks yer akak. 


* Kiriman drp: Rizal


Sumber dari Kak Amyna

11 October 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, October 11, 2010 15 komen
Salam semua...

Jumaat lepas saya demam jadi apa ke hal nya?
pegi la klinik kesihatan berdekatan rumah anda!!~ hahahahaha..
pegi la klinik kesihatan..
memandangkan saya dah terlewat dtg bulan selama 9 hari..
maybe jugak demam saya berpunca daripada period saya yang lambat..
so doktor sarankan buat la ujian UPT (pragnant test yer adik-adik)
dan keputusannya??? adakah berita gembira yang dinanti selama ni akan tiba??
oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!~
resultnye negative! (lupe nak snap result sebab frust sgt)
then lepas buat test..maka berjumpa la doktor anda..
doktor yang baik hati tu cadangkan saya ke hospital utk scan perut ni.
mana la tahu ada ketumbuhan ke atau masalah lain pada rahim saya ni

Lepas solat  jumaat, saya dan en hubby terus pegi Hospital XX
Lepas buat scan, sekali lagi nurse tu minta buat UPT test..
Test la pulak sekali lagi. [masuk kali ni dah 4x test dah]
dan keputusannya tetap la sama iaitu Negative!

Dah siap semua ujian dibuat, terus jumpa doktor yang bertugas.
Kelihatannya seorang doktor perempuan, masih lagi di awal 20-an maybe 27 above.

Doc : Hospital Sxxx dgn HXX  ni Sxxxxx lagi dekat dgn rumah u kan?

Saya: ya tp doktor clinik yang refer i dtg sini.

Doc: Tapi Sxxxxx lagi dekat kan?? [muka dia mcm tak puas hati]

Saya : Yer saya tahu tapi saya diarahkan utk dtg ke sini buat check up di sini.

Doc : Hurm...u punya period ni baru je sebulan lebih tak datang, apsal u sebok2 sgt ni??

Saya : Saya cuma cek mana tahu ada yang x kena [saya msih lagi boleh bersabar dgn kebiadaban doktor ni]

Doc : hey! awal laaaaa, awal sgt2! too early laaaa. u dah kawin ke??? LAGI 6 BULAN KALO AWAK TAK PERIOD BARU DTG JUMPA SAYA!! [biadap kan dia?? xleh ke cakap baik]

Saya: Eh doktor, u ingat i tak der duit ke yang u ckp mcm i ni kucing kurap ape hal?? u ingat i suka ka dtg sini?? Patut la banyak org suka pegi private lagi sebab doktor kat sini sgt biadap dan kurang ajar!!

-thanks uncle google-


Terus saya blah dari bilik doktor tu keluar terus dari klinik.
Ingat aku hadap sgt ke nak jumpa ko??
sebelum jumpa doctor tu dah ada sorg staffnurse ni sound saya
"selalu mcm ni, dah pukul 4 baru nak dtg!!"
Pn staffnurse, awak habis keja pukul 4 ke pukul 5ptg???

inilah yang terjadi pada saya dan suami jumaat lepas..
bukan suka2 kami nak pegi hospital..
banyak lagi benda yang boleh buat..
tapi kenapa sedemikian rupa layanan yang kami terima?
Inikan produltiviti kakitangan awam utk rakyat?
Jika begini lah gayanya..ubah la sikap tu.
saya sebagai kakitangan awam turut malu dgn sikap sebegini.

Budi Bahasa Budaya Kita!!~

[p/s: tak boleh ke cakap baik-baik dgn patient? bukannya saya pekak pun yang awak nak tengking-tengking, marah-marah kami. terpikir sejenak, masih ada lagi doktor dan kakitangan sebegini pada zaman skrg kan? ]

01 October 2010

Penat

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, October 01, 2010 7 komen

tq uncle google!

Letih gile arini..Ngantuk!!
Semalam elok dah nak tidor dah..
si mimi buat hal pulak..
kejar butterfly sesat masuk dlm umah..
lari sana..lari sini..
Lompat atas tv..
last-last.. ape lagi?? 
Jatuh la pokok palm En.Hubby yang terletak elok je atas speaker radio..
habis semua kereta mainan yang bersusun atas tv..
habis semua alas yang menutupi tv..
jatuh ke bawah bersama-sama dengan si mimi!!~
Bukkkkkkk!! Mcm nangka busuk~

Haaaissshhhhhh Gerammmmmmmmmmmmmmnye!!~
Dah la baru je selesai lipat baju yang dah dibasuh!
habis dengan baju yang dilipat tu kotor dek terkena pijakan si mimi ni.
Memang menduga iman betollll la awak ni mimi!!~
          ..
          ..
          ..
          ..
          ..
          ..
          ..
          ..
          ..
          ..
          ...
          ..
          ..
          .


Ni haaaaa Si Mimi tue!!~
Hadiah Anniversary En.Hubby pada saya tahun lepas!~

Patut ke saya nak marahkan die?? 
Haissshhhhhhh
Lepas bersihkan tanah dan air yang tumpah dari pasu tu..
terus masuk tido..
adalah kot dalam kol 1am dah :((
En.Hubby pulak tak balik lagi...
Mimi? awak tidor luar!
Jangan nak ngada-ngada tidor dlm bilik dgn saya

Area pukul 4pg saya terjaga..
(lately ni selalu terjaga di tengah malam atau awal pagi)
tengok si mimi tidor di tengah2
mungkin dia masuk bilik time En. Hubby balik awal pagi
Kesian pulak...
persiant ni kelebihannya pandai memujuk kita kalo kita marah dia
dah memang salah die..
tataw ape yang silapnye tetiba dia jadi hyper aktif pulak
selalunya nak bergerak pun malas.

....................................................

Arini rehat panjang..
dah pasang niat dah.. tghari ni nak tidor je kat opis
tanak pegi sogo sales ke Maju Junction ke..
Nak Qada tidor..
TAPI KENAPE LA MAKCIK CLEANER NI MESTI NAK VAKUM KARPET TIME REHAT??
tencion betol!!
TANPA RASA BERSALAH PULAK TUE!!
adoiyaiiiiiiii~

p/s: makcik..tolong la vakum waktu pejabat..kenape la makcik mesti nak vakum karpet pada jam 12.15tghari pada hari jumaat yang indah ni? Nak tegur kang kecik hati. Saya nak tidor tapi tak dapat nak menahan bisingnya bunyi vakum makcik :(( Ape-ape pun tQ kerana bersihkan pejabat saya .





30 September 2010

happy!!~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, September 30, 2010 0 komen


Saya sangat happy dengan layout baru saya :))

29 September 2010

Magika

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, September 29, 2010 4 komen


Jom tengok Magika this weekend nak??
Sapa yang dah tengok?? any comment please!!~
Tq lalink~


14 September 2010

Gathering after 12 years!!~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, September 14, 2010 3 komen









Reunion, reunion, reunion!!~
Tu la aktiviti yang semestinya ada pada Hari Raya Aidilfitri memandangkan yang mana keja di perantauan semua mesti balik kampung beraya bersama keluarga so pada Hari Raya Ketiga yang lepas, sempat jugak la saya beraya merangkap menghadiri majlis reunion membe2 sekolah rendah. Rasanya dah 12 tahun tak jumpa. Masing-masing dengan bermacam ragam. Bila dah besar ni, semua dah makin bergaya. Yang lelaki dulunya kalo comot, sekarang dah masing-masing hensem bergaya. Cuma yang tak berubahnya, nakal mcm dulu tu tetap ada.

Thanks to Muzamir sebab willing utk menyediakan dan sponser rumah sebagai tempat perjumpaan. Yang paling penting, mee rebus mmg mantoppp!!~

Rindunya saat-saat belajar dulu. Teringin nak tengok meja kat kelas dulu.

[Guys!!~ Keep in touch ok!!~]
Related Posts with Thumbnails