Pages

Followers

23 November 2011

Wordless Wednesday #5

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, November 23, 2011 4 komen
 My mimi~~


Wordless Wednesday #4

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, November 23, 2011 4 komen

My KiEkiE yang sgt aktif~~ 


Wordless Wednesday #3

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, November 23, 2011 0 komen


My Romeo~~


19 November 2011

Kehidupan

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Saturday, November 19, 2011 2 komen
Salam hujung minggu :)) 

Apa perasaan korang apabila : 

  1. Korang dapat tahu membe baik sendiri - makan sekali- kira baik la tu kan dalam diam mengutuk korang di belakang? padahal rasanya ai xde plak buat hal dgn dia. Kenapa la ko nak PHD sgt dgn ai kan padahal selama ini xde plak ai makan duit ko ke menyusahkan ko utk memberi duit kepada ai ke. ko ape hal? Kenape nak sakit hati sgt dgn ape yang ai ade sedangkan ko sendiri tak pernah nak tanya mcm mana ai buat utk dapatkan apa yg ai ada? Btw, rezeki takkan datang bergolek tanpa usaha. Kalo setakat ko nak kutuk belakang, nak berdengki, teruskan la wahai sahabat. takkan ke mana pun dgn sikap tersebut. Ai doakan semoga suatu hari nanti pintu hati kau dibukan oleh Allah utk mengisafi perbuatan kau. aminnn
  2. Ni satu lagi hal. Kau baru masuk kerja goverment. Sebelum ni ko kerja kat kilang. So jgn la bawa budaya kilang tu ke dlm opis ni.(tak semua org kerja kilang tu teruk ek). Maybe sewaktu di kilang tu ko memang terkenal dengan sikap ko suka ampu bos, suka bawa mulut, suka buat cerita sana sini tapi bila dah dapat peluang pekerjaan yang lebih baik ini, ko berubah la ke arah kebaikan. tak payah la nak buat cerita macam-macam kat dlm opis ni. bawa mulut merata utk meraih simpati dari bos. Kadang-kadang kita kena muhasabah diri apa yang tak baik apa yang baik yang kita buat. Jgn la kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 
tanpa usaha, kejayaan takkan datang bergolek betul? Jadi usaha lah utk memperbaiki keadaan dan kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Bukan sebuk nak berusaha menjaga kain org lain.Kain sendiri pun dah carik , x payah sebuk la nak jaga kain org. betul? 

kadang-kadang ai tak paham dgn segelintir manusia ni yang pantang tengok kesenangan org lain. Bila kita pakai lebih sikit org cakap la kita riak la, nak menunjuk la.. heellloooooo.. ade ai kaco duit korang ke? ade ai minta duit dgn korang ke? hadoiii susah kan kalo ade org yang perangai mcm ni. kalo ade pun, ai pakai duit hubby ai jer pun :p 

Setiap hari ai berdoa, semoga Allah merahmati dan membuka pintu hati org-org ini supaya menuju ke arah kebaikan.. Aminnn.. Wallahualam.. 


Thanks to i luv islam.com 


Lovely Disember

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Saturday, November 19, 2011 1 komen

Tak sabar rasanya nak menanti ketibaan bulan Disember nanti. Semoga dipermudahkan segala-galanya & berjalan lancar hendaknya.. Amiinnnn... 

  • Honeymoon trip ke Hong Kong. Alhamdulillah.. dapat juga honeymoon akhirnya.. hahahaa.. dah masuk 3 tahun ai kawin dgn hubby, inilah pertama kalinya kitorang nak pegi honeymoon. Sebelum ni tak sempat honeymonn punnnn :)) Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan hendaknya.. Mana la tahu.. balik dari Hong Kong ade rezeki kami menimang cahaya mata.. aminnnnnn.. 






  • Wedding Anniversary yang ke - 3 . Alhamdulillah..pejam celik, pejam celik dah 3 tahun dah ai kawin. Masih belum ada rezeki utk menimang cahaya mata.. semua rezeki di tangan Allah kan.. kita hanya mampu merancang dan berusaha. Alhamdulillah.. Semoga Allah swt merahmati rumahtangga ai dan suami dan melindungi keluarga kami dari perkara-perkara buruk. aminnnnn :)) 



Update Bukit Gambang Water Park

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Saturday, November 19, 2011 0 komen

Assalamualaikum semuaaaa.. 

Last week ada update pasal Bukit Gambang Resort City kan? yeahhh seminggu lepas tu baru lah berkesemapatan ai nak update pasal "percutian sambil bekerja" kami semua di sana. Untuk yang nak bawa anak-anak main air tu memang sesuaaiii sgt la tempatnye sebab main services dia pun memang Water park. 

Selain Water Park, ade juga Funfair, Paintball, Hotel Services, & kereta Kuda. Pendek kata kalau bawa family pegi bercuti tu sangat sesuai la tambah pulak school holiday pun dah bermula kan.. tapi ai ke sana atas urusan kerja so tak de la bercuti sangat. Kesempatan ni juga digunakan utk "rasuah" mak Ani sebab bulan depan kami nak pegi Hong Kong tapi xbawa Mak Ani. hihihihi.. 

Selain meeting, kami buat indoor game je sebab cuaca kat sana hujan. Jom kita sama sama review pics yang ada ok :)) 


My boss, mr. Fariz (berbaju oren) asyik komplain ja xde gambar dia sbb selalu jadi photograper :p 


With Ariani, Anis & Anna


Tambahan si ecah :) 


Ramai-ramai bergambar. ehh ade artis la ;p 


Haaa ultraman ade superman pun ade :p 




Gruop Unit Bayaran 


Mari kita lukis gambar penjenayah menggunakan tangan kiri 


Hanya penjenayah yang kenal penjenayah :)) 


Mari bina Replika 


Bakul kasih sayang


Menggapai bintang 


Persaingan sengit 


boss menilai 


with my mummiii :P


Macam kakak & adik kan :)) 


Iefel tower in love 


BBQ Dinner senyummmm :)) 


Got hamper and famous amos cookies :)) thanks anise! 


free style semuaaa senyummmm :)) 


Last day @ Gambang :)) 




sape bawah 90cm masuk water park free :)) 


amik berkar mane tahu dapat baby girl comel mcm dania juga! ameennnn 


with Ashbie Sofiany :)) 


Mama pusing funfair


hanya menemani tapi xnak main :)


Benda alah ni la yang buatkan kami semua menjerit, pening, pitam, muntah lepas turun huhuhuhu 


xdapat naik kereta kuda dpt bergambar pun jadi laaa :)) 


Caribbean bay Suite Bukit Gambang, Kuantan

Gambar kat dalam water park xde sebab memang ai xmasuk pun. kalo ade anak ke budak2 ke maybe masuk jugak la. Lagipun nak bawa mak ani ke Kuantan plak jumpe saudara kat sana jadi xnak la buang masa kan kalo masuk water park dah makan masa plak. 

Paling penting bilik kat sini memang terbaik la dan luas. jadi kalo satu family tu ade 5-6 org pun xpe standby bawa la toto ke utk tidur. hihihi.. suasana pun sejuk je sebab dekat hutan kan banyak pokok memang sejuk la. tak payah pakai aircorn pun. :)) 

Ape rancangan anda semua utk hujung minggu ni plak? happy weekend semua! 


11 November 2011

11.11.11 - Bukit Gambang Water Park

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, November 11, 2011 4 komen
Yeayyyy!! Here i come to u! :p 

This weekend ada meeting dkt Bukit Gambang Water Park. Dikesempatan ini juga ai bawa mama sekali temankan ai sebagai gantikan trip ke Hong Kong this December ni yang mama x dapat join. Kitorang pergi berdua je sbb hubby ade keje kat KL. *kalo die free pun x ikut jugak kot* huhuhu.. Nanti ai update kan info + pics ok!
Anyways, happy weekend and enjoy! :)) 

11.11.11 - Good luck and All the best Mael!

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, November 11, 2011 1 komen
 *Mael si jaket hitam*
Helloooo uolsss.. Salam Jumaat yang penuh keberkatan di pagi 11.11.11 ini. Ramai yang update kat Twitter la FB la pasal 11.11.11 ni. Berbagai rumors kita boleh baca & lihat. Terpulang pada penilaian dan hak masing-masing tentang 11.11.11 ini. Bagi ai, semoga di hari Jumaat yang mulia ini kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari- Nya. Ameennn.. Insyaallah.. 

Ada apa dgn 11.11.11 ni? Bagi ai tiada apa yang istimewa pun mcm sesetengah org lain mungkin mengambil peluang dan ruang yang ada utk dijadikan sebagai tarikh kenangan kan. Cuma arini last day sahabat baik ai, Mael di KPWKM ni. Alhamdulillah beliau dapat bertukar ke Penang. Dekat la dgn wife die yang sdg pregnant anak sulung diorg. :) 

Ai pun tumpang gembira dgn berita ni. Sebab situasi kami sama. PJJ *Perkahwinan Jarak Jauh* KL-Penang. Wife Mael kerja di Penang same mcm hubby ai yang skrg ni. Kami pulak di KL. Penat berulang alik la ke Penang setiap minggu. Alhamdulillah.. Rezeki anak namanya kan!

Ai pun dah apply utk bertukar ke Jabatan kerajaan di Penang tapi masih dalam proses. Doakan ai jugak dapat tukar ke sana. Dekat dengan hubby. bestnyaaa. *Berangan kejap* hahahaha.. Tapi sedih jugak kan sebab Mael ni ringan tulang. Senang minta tolong, selalu tolong ai buat kerja kalo ade melibatkan unit die ni. pasni ilang la assistant ku yang berkaliber. huhuhu.. xpe xpe asalkan ko bahagia Mael.. sebab ai tahu ko mmg dah penant ulang alik. Ditambah pulak keadaan wife yang sdg pregnant, lagi la dia memerlukan ko skrg kan. :) 


Utk Mael : 
  • Kerja rajin-rajin-rajin kat tempat baru!~ Jgn Lewat-lewat-lewat slalu. wakakaa..
  • Thanks ko banyak tlg aku buka dokumen sebutharga. pasni sape la nak tlg aku. sob..sob.. 
  • Tlg makan karipap giant utk aku kat umah baru ko ek. kempunan aku! 
  • Terima kasih sebab jadi sahabat baik aku walaupun aku selalu buli kau. hahaha.. 
Ok La.Bai! *sedih*






01 November 2011

~Abah in memories 1947 - 2008~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, November 01, 2011 0 komen

- As salam -

Salam pagi Selasa yang nyaman.. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat & sejahtera hendak-Nya. Baru lepas cakap tepon dgn mama. Kebiasaannya sejak tinggal berjauhan dgn mama since ai dah kawin ni memang setiap pagi ai akan call mama sembang dgn dia sekejap bertanya khabar. walaupun boleh dikatakan setiap hari benda yang sama juga yang ditanyakan. 

Hari ini, 1-11-2011 genap 3 tahun pemergian arwah abah mengadap Illahi. Kebetulan arini juga hari lahir Farah (anak angkat yg selalu temankan mama tidur) jadi mama buat sedikit kenduri bihun goreng & kek utk dihantar ke taska Farah so Farah celebrate dgn kawan-kawan dia kat Taska nanti. Sambil menyambut hari lahir Farah sambil kenduri arwah utk abah. 

Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun kami hidup tanpa arwah abah disisi. Walaupun  arwah abah hanyalah ayah tiri ai tetapi kasih sayang dari arwah abah x sama mcm ayah tiri. Mama & ayah ai berpisah sejak ai berumur 3 tahun. After that mama jumpe arwah abah, falling in love & married. Usia ai 5 tahun mama kawin dgn arwah abah dan selepas itu ai dijaga oleh arwah sama seperti anaknya sendiri. Kasih sayang yang x pernah berbelah bahagi pada kami adik beradik tanpa membezakan anak-anak. 

Sedang mama mengandungkan Iwan 7 bulan,  mama & abah terlibat dlm kemalangan antara kereta & lori membawa muatan batu besar. Batu besar menghempap kepala abah & kereta jatuh dalam parit besar. Syukur mereka selamat tetapi abah hilang ingatan serta lumpuh kaki ke bawah. 

Iwan & my Hubby =) 

Bermula dari kejadian itu lah kami sekeluarga diuji..di mana abah lumpuh & hilang ingatan. Selama 3 bulan mama berhempas pulas mejaga abah serta berusaha memulihkan ingatan abah. Dalam masa yang sama juga mama telah melahirkan Iwan. Bila di kenang kembali, memang sgt sedih dgn keadaan keluarga ai masa tu.. 

Tapi segala kesusahan tu terubat apabila abah betul2 dah sihat. Allah Taala Maha Menyayangi hamba-Nya yangbersabar. Abah kembali sihat dan dapat bekerja semula dgn baik. Alhamdulillah berkat kesabaran mama serta semangat abah itu yang buatkan kami adik beradik semakin bersemangat walaupun onak & badai melanda keluarga kami. 

17 tahun berlalu dgn pelbagai kisah suka duka dlm keluarga tapi Alhamdulillah kami memang keluarga bahagia. Kami adik beradik makin membesar. Abang ai dah bekerja kebetulan rezeki mencurah curah ai pun diterima bekerja dlm sektor kerajaan. Yang tinggal hanya Iwan bersama mama & abah sebagai peneman.

 Sebulan sebelum arwah abah meninggal dia yang handle majlis tunang ai 

Kini genap 3 tahun ai berkahwin & genap 3 tahun jugak pemergian arwah abah mengadap Illahi. Banyak kisah suka duka kami lalui tanpa Abah di sisi. Mama.. masih setia utk bertemu abah di Syurga.. Alhamdulillah Iwan skrg dah byk berubah dari anak manja abah skrg dah ada bisnes sendiri abah.. Kakak pula belum ada rezeki utk beri abah & mama cucu.. Shah menantu kesayangan abah.. dah punya empayar dia sendiri & kalo abah masih ada..pasti abah la org paling gembira apabila shah keluarkan kereta impiannya. Mesti kalo balik kampung abah akan test drive & bawa keta dia "mandi" air kolah masjid.Alangkah indah andainya kegembiraan itu kita dapat kongsikan bersama kan abah. 

Semoga roh Arwah abah tenan di sisi-Nya.. 
Al-Fatihah utk Ismail Jaafar.. 1947 - 2008 











Related Posts with Thumbnails