Pages

Followers

22 January 2010

Aku pun tak faham

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, January 22, 2010 0 komen
Salam semua :))

Arini aku kembali lagi hapdet kan blog aku yg terchenta ni..kat sini la aku jadikan sbg tempat utk aku meluahkan perasaan aku.aku suka ka, marah ka, geram ka, bengang ka dan seantero dgnnya la kan?? suka hati aku la nak post apa pun. ni kan blog aku yang punya? betul tak? tetiba aku ni ter'emo' pulak!

kenapa aku ter'emo sgt ni? sape yg buat aku jadi mcm ni??
haaaaa.. ni la nak meluahkan ketidakpuasan hati ni! Aku pun xfaham la dgn seorang hamba Allah ni..kadang2 aku pun heran jugak, ko ni ape hal ek?? ade jer benda kat aku yg ko nak cari pasal! aku punya suka la apa aku nak buat pun. ade aku kesah kalo ko tak suke? ko sape aku nak kesahkan?? betul tak? so moral of the story, jgn la suke2 hati tak suke kat org lain.tak sume benda yg kita suka tue..org lain pun suke jugak.
sama la mcm ko ni. ingat ko ni bagus sgt ke? tak jugak..tak sume org perfect ok..so sedar2 la diri tue ok..kita sebagai hamba Allah Yang Maha Esa tak sempurna.. Hanya Dia saja yg Sempurna. Seeloknya perbaiki kelemahan yg ada pada diri kita, bukannya nak membangga diri dgn kelemahan yg ada pada diri kita ni.

Allah Maha mengetahui..so biarla Allah s.w.t saja yg memberi balasan. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa dan bertawakal semoga diberkati oleh-Nya. Aamin..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Jauhkan lah hambamu ini dr sifat-sifat yang keji yg engkau laknati. Aaminn..

14 January 2010

Apa Saja

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, January 14, 2010 0 komen
Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta dujiwa
Apa saja untukmu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau kau damba
Mutiara... di hari lahirmu

Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Ku rela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpimu
Uhh... ratuku

Untukmu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untukmu kasih
Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja

Apa saja untukmu
Kan ku ubah caraku
Jikalah itu yang kau mahu
Apa saja demi kebahgiaanmu

Bukan ku pinta yang luar biasa
Cuma secebis janji setia
Inilah... Lagu cinta kita
Hanya terbaik untukmu
Selama-lamanya

Erm..tingat lagi aku akan lagu ni..
hubby nyanyikan kat aku time kami tgh cintan-cintun dulu
hihihihi.. Alhamdulillah.. mmg puitis bait2 lagu ni..
dan mmg hubby kotakan apa yg dijanjikan..
Alhamdulillah..ni la rahmat Allah sebenarnya.
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersendiri.
"Sujud syukur padaMu..Atas segala cinta"

:))
Aku suka sgt lagu ni :))

(",)

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, January 14, 2010 0 komen
Put ♥ this ♥ on ♥ your ♥ blog♥ if ♥ you ♥ know ♥ someone ♥ who ♥ has ♥ or ♥ had ♥ cancer! ♥ All I wish for in 2010 is a CURE! ♥ I pray for the cure of cancer. Amen. ♥ 93% WON'T Copy and Paste this, will YOU ♥

12 January 2010

~Birthday Girl~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, January 12, 2010 0 komen






Arini birthday aku! Pejam celik, pejam celik sat saja umur aku ni dah tua.Ya Allah Ya Tuhanku..Murahkan la rezeki hambamu sekeluarga, kurniakan lah aku kesihatan yg baik2 dan Rahmatilah kami sekeluarga.. Aaaminn..
Dulu time kecik2 selalu la berangan "bila la aku nak besaq ni??" haaaa la ni kauuuu..besaq gedabakkkk. hihihihi..kuasa tuhan..Alhamdulillah..untung aku dapat hidup sampai umur aku 24 taun ni. haishhhhhhhh..sekejapnya masa berlalu tinggalkan kita kan?

So..kebetulan arini last day si Ckin ni kat sini, kami kuar la celebrate dia. pi MJ (Maju Junction Mall, bukan Micheal Jackson nooo) mkn pizza hut..huhuhuhuhu Aku, Ain, Ckin, Dila, Cik Anis, Athirah n Ina. kami 7 org ja tp bising mcm 17 org ja ditambah pulak suasana kat pizza tu yg mmg bingit so bertambah la bising nya dgn ada nya kami ni

Kami order 4 biji pizza, ditambah dgn roti lagi, soup lagi, haaaa mau la kembong perut suma dok melantak pizza tu..aku mkn 2 slice je pizza sbb nak simpan perut mkn Thai Tuna Roll last2 lambat sgt, bungkus je la blk opis..tak mkn pun..ada lagi kat tepi meja aku ni. hohohohoho (tamak sgt ko) hihihihi..

Tgh rancak mkn2 ni, ada la uncle chinese ni dok tgk kami kat tepi cermin (Kebetulan kami mmg pilih dok tepi cermin) sooo apa perbuatan kami, of course la org yg lalu lalang kat tepi pizza tue nampak kan?? Rupa-rupanya gf die (seorg minah salleh) tgh nak shoot gambar kami..hahahaha..gamaknye kami ni mewakili rakyat malaysia la kot kan..ape lagi, sempat la nak posing jugak utk minah salleh tue. :))

Lunch hour sampai kol 2 ptg ja. so kami decide balik opis terus la, no more nak jln2 kat MJ tue tgh baju ke hape..tunggu la jumaat ni pulak kalo nak jalan2 kat MJ tue walaupun ada jugak suara-suara sumbang yg berbunyik nak p tgk2 baju kat V-One..

Daaaaaaaa:))

08 January 2010

Ckin in Memories..

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, January 08, 2010 0 komen





Tengok tajuk kat atas tu xleh blah langsung kan? hakhakhakhak..
Dah mcm mengenang org yg dah meninggal pulak huhuhuhu..
Tak der la..sebenarnya nak ceta pasal majlis perpisahan yg serba ringkas yg sempat kami siapkan dlm kesibukan mengejar AKB (Akaun Kena Bayar) 2009. Mesti ada yg blur2 kan bila sebut bab AKB ni? Hanya mereka-mereka yang berkaitan saja yg memahami.. hahaha..pendek kata mengejar payment yg masih belum settle lagi utk tahun 2009 sebelum masuk tahun perakaunan baru 2010. Ok, back 2 da story k.

Petang smlm ni sempat la kami mengadakan majlis tersebut khas utk ckin ni..
Ckin ni budak praktikel kat opis aku ni. die student Politeknik Merlimau, Melaka amik kos mcm aku jugak dulu Sijil Pemyimpan Kira-Kira. Sedih jugak la bila kenangkan balik sbb ckin ni ringan tulang.Sentiasa ada bila diperlukan bak kata org tua2. aku doakan ckin berjaya dlm study dia dan cepat2 la dpt keja pas grade nanti. :))

Buat ckin:

Terima Kasih bnyk2 atas kerjasama yg diberikan selama ckin kat sini..
Selalu carikan baucer, susun fail..thanks bnyk sbb byk menolong meringankan beban kami semua kat sini. thanks a lot ckin..pasni sunyi la kat sini..
selalu mkan ade skali pasni dah kurang la ahli wal jemaah kitorang kat sini :))
Fiza minta maaf byk2 kalo selama kita sama sama buat keja ni, ada la terkasar bahasa, tersilap cakap dgn ckin sampai ckin kecik hati..i'm sorry ok..
lastly..jgn lupa kami kat sini..
Keep in touch ok.
Fiza doakan semoga ckin berjaya dlm study nanti..Aamin..
Good Luck!

p/s: Gambar kat atas bengong skeett dah banyak kali upload pun tetap kaur dia punya link sahaja..so tgk la gambar yg tak leh nak discription itu ok :))

07 January 2010

Wajah baru

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, January 07, 2010 0 komen
Akhirnya..berjaya jugak aku hapdet blog ni dgn wajah baru utk tahun 2010.
cana? ok tak? kalo korang rasa tak ok pun tak pe..tp aku suka..hahahahaha (gelak jahat)
sbb ada warna peberet aku..warna pink.. hihihihi..
so pada yg try nak link dgn apa yg ada kat blog aku ni, kalo tak ok, maap la yek..
kadang2 bengong sket link ni so pandai2 korang la ok..

Erm..smlm aku balik keja dah lewat ptg dah..
memandangkan aku tak sempat dah nak tengok drama
Cinta Balqis kat slot akasia TV3 tue..so pas magrib aku dgn hubby decide
kuar pegi PetsWorld nak beli barang
mainan si Mimi pengubat sunyi kami kat umah tue :)) hihihii..

So kami pegi la carefor Kepong yang hanya sejengkal dr umah aku tue..
mula nak cari tempat tidor and mainan dia la..Round2 da world..
at last kami jumpa la mainan yg sesuai utk dia menghabiskan masa dia..
Tp tempat tidor dia tue mahal gila la beb..huhuhuhu
baik la beli tilam jer kat dia. hahahaha :))

Kat PetsWorld, kami cuma beli mainan jer..
Utk tempat tidor, hubby decide beli jer Japan Chair kat dlm carefor tue..
mmg sesuai sgt la..harga pun sedang elok jer.. so ni la hasilnya at last..




ni sbg tempat dia nak 'mencakar' so that,
xdak la sofa kat umah aku tu jd mangsa dia lg :))


Huh! dapat ja 'tilam' baru, terus pi duduk. dah mmg utk dia pun kan? Ni idea 'gila' hubby la belikan utk dia.. Tak pa la kan..lagipun kesian kat dia selalu tidor atas lantai ja..nak sedap sket dok atas sofa kan.. Lgpun tujuan sebenar beli ni pun sbb tak mau la dia lepak atas sofa nanti habis lekat bulu dia pulak. takot nanti penyakit lain pulak yg dpt.

06 January 2010

Kencing Kotor Petanda Sakit Buah Pinggang?

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, January 06, 2010 1 komen
Salam sume..
Dah hampir seminggu dah aku sakit kat bawak ari-ari ni..
Sakitnyer hanya tuhan je la yg tahu hinggakan aku nak bangun pun tak boleh smlm..
So my hubby yg terchenta bawala aku jumpe doktor..
Alhamdulillah kesihatan aku semakin ok
dan doktor cakap aku cuma mengalami masalah air kencing kotor..
So doktor dah bg ubat antibiotik
dan ubat utk membersihka kuman yg terdapat di "dalam"nyer :))
Pagi ni awal2 lagi aku dah goggle
Mencari bahan berkaitan penyakit kencing kotor yg aku alami
Utk dikongsi bersama korang sume..
Jom kita sama2 kongsikan erk.. :))

JIKA anda berada dalam kelompok ini - lelaki dan mengalami kencing berdarah - lakukan temujanji segera dengan doktor. Berbanding wanita, fenomena kencing kotor di kalangan kaum Adam adalah antara petanda serangan sakit buah pinggang. Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.
Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.Katanya, sebahagian besar pesakit hanya datang mendapatkan rawatan selepas mencecah tahap kronik hingga penderita memerlukan kaedah terakhir untuk hidup seperti orang lain sama ada menjalani hemodialisis atau pemindahan buah pinggang.
“Tiada istilah jangkitan kuman kalau lelaki mengalami kencing kotor. Kebarangkalian bakteria menyerang salur pundi kencing lelaki amat luar biasa kerana ia perlu menempuh perjalanan panjang untuk sampai di situ.“Begitupun bagi wanita pula, mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.
“Dari pemerhatian, 60 peratus daripada kes yang disifatkan sebagai kencing berdarah itu mempunyai kaitan dengan buah pinggang. Sama ada lelaki atau wanita, pengesanan awal buah pinggang sama penting dengan pemeriksaan kesihatan lain,” katanya.Dalam kes kencing berdarah di kalangan penderita masalah buah pinggang, tahap kerosakan organ berkenaan sebenarnya berada pada peringkat bahaya apabila buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi secara normal.
Dr Thiruventhiran berkata, dianggarkan kira-kira 15,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini bergantung hidup kepada dialisis darah manakala 2,400 kes baru dikesan setiap tahun dan menjelang 2008, pesakit buah pinggang dijangka berjumlah 20,000 orang.“Kita tentu tidak mahu termasuk dalam senarai pesakit buah pinggang tetapi setiap individu sebenarnya tidak boleh menolak kemungkinan masalah ini akan menimpa mereka ditambah faktor risiko termasuk hipertansi, diabetes, genetik dan gaya hidup.
“Jika masalah buah pinggang yang gagal berfungsi dengan baik ini dapat dikesan ketika masih pada tahap awal, peluang untuk dipulihkan sangat cerah sekali gus membolehkan pesakit kembali normal.“Di sinilah pentingnya tahap kesedaran dalam diri seseorang. Jangan biarkan keadaan menjadi melarat, baru hendak pergi berjumpa doktor. Kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit ini juga harus diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat,” katanya.
Katanya, fungsi buah pinggang penting untuk menjana keseluruhan sistem tubuh apabila ia bukan saja membersihkan darah dengan menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair malah menseimbangkan kimia tubuh.Kepentingan lain meliputi penghasilan hormon untuk mengekalkan kesihatan tulang, membantu tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah serta menseimbangkan tekanan darah.
Secara umum, penyakit buah pinggang membawa maksud apa saja gangguan atau keganjilan yang memberi kesan kepada fungsi buah pinggang terhadap penjanaan sistem badan.Ia membabitkan pelbagai aspek termasuk penyakit buah pinggang yang diwarisi secara genetik (polycystic kidney disease) dan penyakit buah pinggang yang disebabkan penyakit lain seperti diebetes dan hipertensi (hypertension).
Namun hingga ke tahap kronik, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka terdedah kepada ancaman ini berikutan simptom agak kabur selain kegagalan fungsinya hanya disedari selepas beberapa lama.Katanya, kebiasaannya sebarang petanda hanya muncul selepas buah pinggang berada pada kondisi teruk ditambah keengganan individu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebaliknya melambat-lambatkan kaedah rawatan kerana tidak mahu berdepan dengan kesukaran.
“Penyakit ini perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan saja menyebabkan pesakit menghadapi kesakitan, bebanan emosi malah terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk merawatnya.“Dalam sesetengah situasi, bukan semua orang mampu mengeluarkan kos rawatan susulan atau menjalani dialisis. Oleh itu, langkah pengawalan awal harus diwar-warkan kepada semua bagi mengurangkan beban mereka,” katanya.
Dianggarkan kos rawatan untuk sekali dialisis berharga RM120 hingga RM140 di hospital kerajaan, manakala di pusat perubatan swasta pula antara RM160 hingga RM170 dan secara keseluruhan, perbelanjaan rawatan penyakit ini di seluruh dunia membabitkan RM300 juta setahun.Selain dialisis darah atau hemodialisi, terdapat kaedah dinamakan Peritoneal dialisis iaitu cecair dialysate yang bertindak memerangkap bahan buangan daripada darah diletakkan di dalam perut. Selepas beberapa jam, ia dikeluarkan dan pesakit boleh melakukan kaedah ini sendiri di rumah.

05 January 2010

~21 Disember 2009~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, January 05, 2010 0 komen

Kali ni nak cerita pasal Anniversarry aku..
Pejam celik, pejam celik dah setahun pun aku bergelar isteri kpd hubbyku..
21/12/2009 yg lepas genaplah setahun usia perkhawinan kami..
Banyak cabaran & dugaan dalam mengahrungi alam rumahtangga ni..

Yer la..aku pun setahun jagung jer umur..
Nasib baiklah dikurniakan seorang hubby yg penyabar dan prihatin mcm hubbyku..
Thanks Abang..sbb sentiasa memahami ayang.. :))
Yer la kan..nak melayan aku ni..
yang sumenyer asyik nak menang jer..
mestila die kena mengalah utk bg kemenangan tu kat aku..
heeeeeeeee :))

So thanks a lot..
Terharu pun ade. ekekeke...
Terharu sbb dapat Sejambak bunga kat opis
hubby ada belikan kucing utk aku..
sbb aku mmg suke kucing.. :))
Thanks Abang.. :))

Bunga yg dihantar terus ke Opis dr Hubby :))


"My name is MIMI" :)) warna dia mmg la nampak mcm hitam kalo dlm gambar..

tp sebenarnya Dark Brown.. memang tersangat comel :))

terkujat tetiba ada flash camera. huhuhu..

Meronggeng!

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, January 05, 2010 0 komen
Hai allsss...
Erm..dah lama kan aku x hapdet blog ni..
sorry la beb.. sbb aku terlalu bz dgn work load aku di opis..
huhuhuhu..blog ni letak la sebelah kejap..
Besa la ujung taun ni mmg la Bahagian Kewangan teramat sibuk..
Dah mcm dkt Bursa Saham dah opis ni riuh-rendah dgn suara2 dorg ni..
Ujung tahun ni la sebuk akaun nak tutup, duit tak ckup, mcm2 lagi la..
Okiesss..kita tinggalkan kejap ceta di opis ni..

Heeeeeeee :))
Entry kat atas tu xboleh blah la kan.. hahahaha..
ni sume terjadi time hubby tak der kat KL atas urusan business die..
So ape lagi..kebosanan melanda bila dok umah sensorg..
kete pun tak dak nak kuar..

Call la housemate time aku bujang2 dulu...
Alhamdulillah..dorg pun tak der aktiviti pulak time tue..
So ape lagi..dorg dtg la lepak umah aku, makan2 dulu..
Dah ptg skit kuar pegi tgk wayang
kat Mall dkt dgn umah aku tue..
Main bowling..

Terasa bagai aku kembali bujang gitu. heeeeeee :))
Malas nak citer panjang..korang tgk la gambar2 kat bawah ni ok..

Daaaaa........ :))


Gemuk benor aku skrg kan?? xla kot..blous tu yg buatkan aku ni nampak besor. huhuhu :))


Dila & Nonie.. housemate aku dulu.. thanks beb sbb sudi juga teman aku. :))



Nonie menunjukkan bakat terpendamnye :)
Related Posts with Thumbnails