Pages

Followers

28 February 2011

WHAT A DAY!!! PART I

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, February 28, 2011
Reactions: 
0 komen Links to this post

Asslamualaikum w.b.t


Haaaahhhhh!! Lamanya blog ni tak berupdate kan..Sejak-sejak tuan umah ni jatuh sakit aritu, sejak itulah blog ini terbiar sepi.. Mana yang sempat tu..saya balas la komen-komen dan lawatan. Mana yang tak sempat tu, saya kumpulkan dulu..Baru hari ini saya membalas lawatan mereka semua sekaligus. Itupun ada lagi yang terhutang. *Maafkan saya ya..saya akan berusaha perlahan-lahan utk membuat lawatan balas anda itu* 

Hari ini di opis, ada jugak la kekalutan yang berlaku..Yer la..cuti dah lama menjangkaui 3 minggu. 1st day masuk kerja lepas cuti panjang minggu lepas, macam terkejut pulak! *biar betik?? Punch card aku ni menunjukkan setengah bulan aku bercuti.* hohohohohoho... Dan mulai hari ini saya akan mula menghapdet cerita cerita yang boleh dikongsikan bersama anda semua utk kebaikan dan pengalaman hidup kita hokey! Mood berbloging saya membuak-buak sejak dua tiga menjak ni. Mungkin semangat baru dan juga perhargaan yang saya dapat dari Blogger terkenal En. Ben Ashaari. Macam mana saya boleh dapat semangat dari Abg Ben ini?? haaaaa sila baca entry saya yang sebelum ini DI SINI 

*Panjang pulak saya membebel* WHAT A DAY!!! Tajuk kita pada hari ini ya kawan-kawan *muahehehehe*


WHAT A DAY PART I :

Incik hubby berchatting dengan kawan lamanya di laman sesawang terkenal iaitu Facebook. Sembang punya sembang, kawan dia ajak la jumpa. Katanya saja la nak jumpa sebab dah lama tak jumpa. Untuk pengetahuan semua, kali terakhir dorang ni jumpa iaitu sewaktu sekolah rendah ya kawan-kawan.. So Incik hubby pun setuju nak jumpa sebab dah alang -alang sama-sama kat KL kalau terjadi apa-apa boleh la nak minta tolong ke dia nak kitorang tolong ke kan..Kami pun pergi la berjumpa dengan dia seperti mana yang di janjikan. 

Lama jugak kami bersembang bertanya khabar dan berkongsi cerita. Almaklumla dah lama tak jumpa kan.. di akhir-akhir cerita, mula la beliau bercerita tujuan sebenarnya beliau mahu berjumpa kami. Langkah pertama mula diambil iaitu mengeluarkan sekeping kertas kosong bersama beberapa pemplet produk MLM. Tahu apa  yang terjadi??? Kami dipaksa mendengar Marketing Plan sebuah syarikat MLM dan diajak utk join. Dengar, Isi borang, isi borang loan! Mudah saja! Haiyakkkkkkk!!! 

Bukan salah, cuma caranya tidak betul..Kawan yang dah lama tak berjumpa tiba-tiba mahu ajak join biznes. Patutla beria benar dia nak jumpa kami.. Saya tak salahkan dia cuma caranya tidak kena dengan keadaan..Tanpa menunjukkan pejabat sebenar..Bercakap tanpa mengggunakan fakta yang benar, menjanjikan yang bukan -bukan..inilah punca mengapa masyarakat kita sangat takut dengan MLM.*stop la fiza dari membebel tu*

At the end, dia tanya kami parking kereta kat mana? Maybe nak usha kami pakai kereta apa sambil berbangga menyatakan beliau kini mampu memiliki Honda City terbaru. Alhamdulillah..Rezeki utk beliau kan..apa salahnya memakai jika sudah berkemampuan kan? Ya..sambil berjalan menuju ke kereta masing - masing, dari jauh kami nampak wajah beliau berubah menjadi pucat selepas berjaya menskodeng kereta tunggangan kami :)  



WHAT A DAY!!

**********************************


***********************************






Terima kasih En. Ben Ashaari

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, February 28, 2011
Reactions: 
2 komen Links to this post

Assalamualaikum w.b.t 

Ya Allah..sudah lama blog saya ni tak di update sejak tragedi saya mengalami keguguran sewaktu Perayaan Tahun Baru Cina yang lepas. Niat di hati banyak sangat cerita yang nak di kongsikan bersama tapi apakan daya banyak kerja lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. * ini pun curik time keje di opis* Lalalala..

Saya tak ingat bilakah tarikh sebenar ianya terjadi tetapi apa yang pasti bila mana pada suatu hari saya buka blog saya dan terkejut apabila menerima lebih dari 10 komen di entry saya yang terbaru. *biasanya  jarang saya nak dapat komen yang sebegitu banyak utk entry entry saya di blog* maklumla saya hanya blogger yang baru belajar berjinak-jinak dengan dunia blog. Rupanya mereka semua merupakan sahabat bloger yang melawat saya menerusi segmen Abg Ben Ashaari yang saya sertai semasa cuti lepas. Terima kasih buat semua yang sudi menjengah ke teratak buruk saya ni yang tak seberapa sangat. Sementelah saya juga adalah di antara blogger yang baru belajar berjinak-jinak dengan dunia blog. 


Terima kasih kerana saya di  tangga kedua :) 

Saya sangat mengkagumi blogger En Ben Ashaari kerana idea beliau yang sangat bernas bagaimana untuk menonjolkan para bloggers baru ini. Terima kasih yang tak terhingga buat Abg Ben. :)) kerana dengan pertolongan dari Abg Ben juga dapat meningkatkan trafik blog saya yang semakin haus dan dapat mengeratkan sillaturrahim antara blogger-blogger baru yang lain. Terima kasih yang tak terhingga utk Abg Ben. 

Lepas ni Insyaallah saya akan lebih aktif dalam penulisan blog di samping meningkatkan lagi kualiti penulisan saya. Terima kasih buat semua blogger yang sudi singgah di blog saya ini :) 

07 February 2011

Complete Abortion !!

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, February 07, 2011
Reactions: 
19 komen Links to this post
 Assalamualaikum w.b.t buat semua

 gambar dari Google

Baru sahaja beberapa hari lepas saya berkongsi berita gembira bersama anda semua mengatakan saya kini sedang mengandung 3 bulan anak sulung kami. Tapi takdir tuhan siapa yang mampu melawan bukan? Ternyata Allah s.w.t lebih menyayangi dia dan telah menjemput beliau dahulu tanpa sempat melihat dunia. Kandungan saya terpaksa digugurkan kerana baby kami tidak mempunya jantung sedangkan sifat lain pada anggota badan semuanya sempurna kecuali jatung. Dia tidak dianugerahkan jantung untuk hidup. Ini dipanggil In Missing Abortion.

Abortion is the termination of a pregnancy by the removal or expulsion of a fetus or embryo from the uterus, resulting in or caused by its death.[1] An abortion can occur spontaneously due to complications during pregnancy or can be induced, in humans and other species. In the context of human pregnancies, an abortion induced to preserve the health of the gravida (pregnant female) is termed a therapeutic abortion, while an abortion induced for any other reason is termed an elective abortion. The term abortion most commonly refers to the induced abortion of a human pregnancy, while spontaneous abortions are usually termed miscarriages.

Rabu ( 02/02/2011)

Bangun pagi terasa sakit perut yang amat sangat seperti segugut nak period. Lantas saya ambil keputusan utk pergi ke klinik berjumpa dengan doktor. Lagipun sejak dimaklumkan mengandung, saya belum lagi scan perut untuk cek keadaan baby. Jadi saya ke klinik swasta berhampiran rumah mama untuk berjumpa doktor dan buat pemeriksaan baby. Keputusannya doktor xdapat detect jantung baby. Kata doktor, antara dua sebab sama ada baby sembunyi ataupun memang baby xmenjadi. Jadi saya disarankan supaya terus ke hospital utk buat pemeriksaan selanjutnya.

Balik rumah, bleeding seperti warna coklat seperti darah haid tapi tak banyak. Mama nasihatkan supaya saya rehat jangan banyak bergerak sementara menunggu Incik Hubby sampai dari KL.


Khamis ( 03/02/2011 )

Alhamdulillah, Incik Hubby sudah sampai di Perlis dari KL. Pagi ini saya masih bleeding tapi tak banyak. Pukul 9 pagi kami ke klinik pakar sakit puan untuk buat pemeriksaan sekali lagi. Kali ini, doktor pakar scan semula dan memaklumkan perkara yang sama. Baby xda jantung lagi..Mungkin usia kandungan saya bukan 3 bulan lagi. Mungkin kandungan baru bermula dalam 6-8 minggu dan bukan 12 minggu mengikut tarikh last period saya iaitu 13 November 2010. Pakar menasihati saya supaya tunggu pembesaran baby selama dua minggu lagi sama ada baby membesar atau tidak. Jika tiada apa apa pembesaran baby, itu bermakna baby tidak hidup sebab tiada denyutan jantung. Keadaan saya yang masih bleeding menyebabkan pakar menasihati saya supaya terus ke hospital jika darah masih turun. Kemungkinan baby sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Jumaat ( 04/02/2011 )

Apabila melihatkan keadaan saya yang masih bleeding, kami mengambil keputusan untuk terus ke hospital. Sampai sahaja di unit kecemasan, doktor sekali lagi scan untuk melihat keadaan baby. Denyutan jantung tiada dan doktor membuat keputusan untuk menahan saya di wad untuk membuat pemeriksaan lanjut. Andainya baby tiada maka prosess DNC terpaksa dilakukan untuk mencuci rahim dan mengeluarkan baby dari kandungan.

Hasil pemeriksaan doktor pakar sakit puan, beliau mengesahkan keadaan baby tidak dapat diselamatkan lagi kerana janin tersebut sudah kelihatan seperti mahu gugur. Oleh itu, keputusan diambil supaya proses DNC dilakukan. Ini kerana jika janin tidak dikeluarkan kemungkinan besar jangkitan kuman boleh berlaku pada rahim. Saya dan suami redha dengan ujian Allah ini untuk kami. Operation akan dijalankan pada keesokan harinya.

Sabtu ( 05/02/2011 )

0600 pagi saya dikejutkan oleh doktor untuk bangun kerana proses untuk memasukkan ubat supaya pintu rahim terbuka (enduce) akan dibuat. Selepas selesai ubat dimasukan dan saya kembali ke katil, perut mula terasa sakit. Contraction seperti hendak bersalin mula dirasakan. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana rasa sakit itu. Doktor memaklumkan memang kesan ubat itu kuat kerana untuk mengeluarkan janin tersebut. Akibat tak tahan sakit, doktor memasukkan ubat tahan sakit Petedin supaya saya dapat bertahan dari kesakitan.

Kesan ubat yang sangat kuat membuatkan saya tertidur ketika melawan kesakitan. Sehingga jam 1100 pagi saya terjaga dan terasa seperti mahu membuang air kecil. Doktor berpesan supaya tidak menggunakan mangkuk tandas sebaliknya hanya membuang air di atas lantai bimbang janin tersebut keluar dan jatuh ke dalam mangkuk tandas. Tanpa disangka sebenarnya rasa seperti mahu membuang air kecil itu adalah kerana janin tersebut mahu keluar dan terjatuh di atas lantai! Mujur mama ada bersama.

Doktor terus menjalankan pemeriksaan dan hasil daripada scan yang dibuat, DNC tidak perlu di buat keranan janin sudah keluar dan tiada tisu-tisu yang tertinggal. Syukur ke hadrat Illahi..semuanya sudah selesai..cuma saya perlu direhatkan. Jika tiada bleeding keesokan harinya saya sudah boleh berehat di rumah.

Melihat keadaan baby yang sudah sempurna sifatnya membuatkan saya sebak dan tidak dapat menahan air mata seorang ibu. Jauh di sudut hati ini, saya redha dengan ketentuan takdir dari Yang Maha Esa buat saya dan suami serta ahli keluarga yang lain. Saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dari Yang Maha Esa.

Ahad ( 06/02/2011 )

Hari yang ditunggu-tunggu. =) saya sudah boleh balik berehat di rumah. Baby? Telah dihantar ke makmal untuk dikaji sama ada penyakit atau kuman lain. Kemuadian pihak makmal akan menghubungi suami untuk mengambil janin tersebut dan dikebumikan secara biasa. Ya Allah..Maha Suci Maha Mengetahui.. Ujian yang satu ini membuatkan hati sebak dan tidak dapat menahan air mata ini. Sedih, pilu, bercampur baur. Lama kami menunggu selepas 2 tahun perkahwinan kami..Alhamdulillah..kami bersyukur kerana dia telah menggembirakan kami walaupun hanya seketika. Aman damai lah dikau di sana wahai anakku..

Isnin ( 07/02/2011 )

Hari ini sehingga 11/02/2011 saya diberi cuti rehat untuk berehat di rumah sambil berpantang. Bezanya berpantang tanpa baby disisi. Sebagai seorang ibu, saya redha dgn ketentuan dari Allah swt utk saya dan suami. Baby kami memang tak dapat hidup. walaupun membesar risiko kecacatan amat tinggi. Mungkin dia pun memahami dan tak nak menyusahkan ibu dan papa nya jika dia lahir di dunia dengan kecacatan. Ya Allah Ya Tuhanku.. Kuatkanlah semangat ku ini menghadapi ujian getir dari-Mu Ya Allah.. Tenang lah wahai anak ibu di sana..Ibu mendoakan yang terbaik buat kamu di sana ("-") Aaaaminnnnn...

[Notakaki: Terima kasih buat semua kawan-kawan yang tak jemu-jemu memberi kata semangat dan support buat saya dan suami. Terima kasih atas doa kalian buat saya. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya ]

"La tahzan innallaha ma'ana" "Don't be sad. Allah is with us."

03 February 2011

Khabar Gembira buat Kami

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, February 03, 2011
Reactions: 
2 komen Links to this post

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca

Hujung tahun 2010 dan di awal permulaan tahun 2011 adalah sangat sangat sibuk buat saya yang bekerja di dalam bidang finance sebab semua busy nak closing akaun..So di sini sedikit rangkuman post dan cerita gembira yang baru boleh diupdate untuk semua pembaca =)

Januari 2011

Selepas kegembiraan kami menyambut  Wedding Anniversay yang ke 2 dan juga Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang ke 25 tahun , kami suami isteri dan juga ahli keluarga yang lain mendapat perkhabaran gembira apabila diri saya dikhabarkan telah pun mengandung selepas 2 tahun kami berkahwin. Maka perkhabaran gembira ini telah dikhabarkan buat seluruh ahli keluarga dan juga sahabat handai yang mana jauh dan dekat. Kami sekeluarga sangat - sangat gembira dan bersyukur di atas Kurniaan dari Yang Maha Esa ini. Inilah hadiah ulangtahun perkhawinan dan hadiah hari lahir saya yang begitu bermakna.

Kitaran haid saya yang tidak menentu membuatkan saya dan suami tidak menjangka khabar gembira ini. Syukur ke hadrat Illahi..Dia Yang Satu Maha Mendengar Permintaan hamba-Nya selama ini.. Terima Kasih buat ahli keluarga , saudara mara dan juga sahabat handai yang mana selama ini memberi support kepada kami berdua dan juga mendoakan rezeki ini buat kami. Incik Suami bertambah-tambah happy selepas mendapat perkhabaran gumbira ini. 




Semua gambar ihsan dari Google =)
Alhamdulillah.. Sykur ke Hadrat Illahi.. Semoga baby berada dalam keadaan sihat hendaknya. aamiinnn..

Related Posts with Thumbnails