Pages

Followers

01 April 2010

::Daging masak serai::

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, April 01, 2010
Reactions: 

Di suatu petang yang tenang:

Isteri : Abg, nak makan lauk apa mlm ni?
Suami : Abg nak mkn daging. Masak la apa pun janji main menu dia daging!

Huhuhuhu..maka berlalu lah si isteri (aku lah tu) ke dapur..
Haishhhh camno nak masak daging ni?? makkkk tolongggggggggggg..Ggggrrrrrr..bukan tak leh nak masak tapi kalo bab nak masak daging ni aku lemah skit la. Risau jugak kalo2 kang daging yang dimasak tu liat ke, mentah ke, haishhhhhh..dlm hati ni risau bukan main lagi. Tak pe, kita try dulu masak. tak mencoba mana nak tau kan pandai ke tak??? 

Daging masak serai - Sajian utk 2 org

Bahan A:
500gm Daging lembu (dihiris nipis) 
Sebatang serai (diketuk)

Bahan B:
2 Biji cili merah
3 Biji cili kering
4 Ulas bawang merah
2 inci Halia - saiz sederhana dipotong
1 Btg serai -dimayang
1 biji tomato
sedikit belacan
sedikir jintan manis
garam secukup rasa

Bahan C: 
1 mangkuk Santan 
1 Ulas bawang besar - dimayang
3 biji Ubi kentang dipotong dadu

Cara-cara menyediakan:
  1. Kisarkan semua Bahan A
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan  bawang besar yang telah dimayang.
  3. Setelah bawang agak kekuningan, masukkan Bahan A bersama-sama bahan B tadi yang telah dikisar.
  4. Rebus hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ubi kentang tadi yang telah di potong dadu tadi
  6. Akhir sekali, masukkan santan.
  7. Masak sehingga daging empuk.
  8. Siap utk dihidangkan 

Tarrrrrraaaaaaaaa..siap utk di makan :))

 
 Inilah hasilnya. Tak sangka percubaan kali pertama aku ini berjaya :)) daging yang empuk dan lembut, rasa yang enak hingga diberikan markahh A++ oleh hubby (✿◠‿◠ )

p/s : Tak rugi kalo mencoba dahulu. tak gitu??? Selamat mencuba!!!
 

0 komen:

Related Posts with Thumbnails