Pages

Followers

24 January 2011

Mimi ada kawan baru :)

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, January 24, 2011

This is our new "HERO" 


Lepak selepas selesai makan =) 




my HERO pandai posing camera =) 


Habit Hero tidor. mcm-mcm pesen! 



Sejarah si HERO ni pelik sikit macam mana dia ni boleh tersesat datang ke rumah saya. Kata orang tua tua kucing ni membawa rezeki =) mungkin ada kaitannya juga dengan kisah si HERO ni. Ceritanya bermula apabila waktu itu malam Deepavali..Jiran depan rumah saya datang dengan tergesa-gesa bertanyakan hal kucing peliharaan saya si MIMI :

Aunty : You, ini kucing u ker ada di luar rumah ni kesian dia..

Saya :  Eh tak der la aunty.. Kucing saya ada kat dalam umah ni..Itu bukan kucing saya tu..

Aunty : Kesian la u tengok ini kucing..sangat comel la.. ini persiant punya spesis ini..

Saya tengok kucing tu..memang dia jenis persiant cuma badan dia sangat comot nampak seperti jauh tersesat dari rumah tuannya. Terdetik dalam hati ini untuk memberi dia makanan sebab tengok dia memang lapar dan letih..Jauh dia berjalan agaknya saya berkata dalam hati.

Saya : Ok la aunty..saya bagi dia makanan sikit..kesian dia nampak macam dia letih sangat..

Aunty : Ya la..kesian la sama dia..badan dia sangat kotor ya.. ini mungkin dia terlepas dari rumah tuan dia.

Kebetulan sedang menunggu si HERO ni makan, Incik hubby pun baru sampai rumah..Apalagi..melompat la dia tengok kucing persiant macam tu.

hubby : Kesian dia ayang.. kita bagi dia tidur kat umah kita la malam ni. Esok lepas abg mandikan dia, kita lepas dia balik boleh? 

Saya: Alamak..dah kalau mandikan tu nanti tak nak lepas pulak..tak payah la.. ni kucing orang ni..baik kita lepas balik..kesian tuan dia mencari dia ni..

Hubby : Malam -malam begini mana dia nak pegi..kesian dia..ayang tak kesian ka kat dia..janji, promise esok lepas mandikan dia kita lepaskan dia..

So malam tu si HERO ni tidur la kat umah letak dia dalam cage MIMI. MIMI ni biasa la bila tengok kucng lain datang ni dia marah la tapi dia tak buat..cuma dia tengok ja..agaknya maybe diorang berdua tengah sembang berkenalan.. hahahahaha... 

Keesokkannya..after mandikan si HERO ni..mula la sandiwara Incik hubby ni tak nak lepaskan si HERO ni..Katanya kesian la..tak tahu kat mana tuannya la..Takut juga nanti kena baham dek anjing liar kat bawah rumah tu so kami decide utk membela si HERO ni..At least dia terjaga juga makanan dan kebersihannya.. Bila di fikirkan balik kalau nak iklankan pun takut jugak entah sape sape la yang datang mengaku itu kucing dia jadi HERO menjadi part of our family dah sekarang =)

HERO ni sangat manja..comel pulak tu tapi keletahnya ni ada saja yang di buat nya untuk mengambil perhatian kami.. biar pun kena marah pun tak pe janji kami ni pedulikan hal dia. Mimi?? Mulanya memang dia garang la asyik membuli jak si HERO ni,,Last2 tiba musim mengawan..hilang la garang dia dengan si HERO ni ^_____^ 


MIMI akhirnya bersahabat baik dengan HERO =) 





Mimi..gemuk la kamu..pemaas betol *sigh*

2 komen:

LyNn HaMzAh on Jan 24, 2011, 4:45:00 PM said...

comeynyer kucing...

Lalinkfyza on Jan 25, 2011, 9:38:00 AM said...

Kawan baru merangkap peneman mimi di rumah ketika ketiadaan kami =)

Related Posts with Thumbnails