Pages

Followers

03 February 2011

Khabar Gembira buat Kami

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Thursday, February 03, 2011

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca

Hujung tahun 2010 dan di awal permulaan tahun 2011 adalah sangat sangat sibuk buat saya yang bekerja di dalam bidang finance sebab semua busy nak closing akaun..So di sini sedikit rangkuman post dan cerita gembira yang baru boleh diupdate untuk semua pembaca =)

Januari 2011

Selepas kegembiraan kami menyambut  Wedding Anniversay yang ke 2 dan juga Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang ke 25 tahun , kami suami isteri dan juga ahli keluarga yang lain mendapat perkhabaran gembira apabila diri saya dikhabarkan telah pun mengandung selepas 2 tahun kami berkahwin. Maka perkhabaran gembira ini telah dikhabarkan buat seluruh ahli keluarga dan juga sahabat handai yang mana jauh dan dekat. Kami sekeluarga sangat - sangat gembira dan bersyukur di atas Kurniaan dari Yang Maha Esa ini. Inilah hadiah ulangtahun perkhawinan dan hadiah hari lahir saya yang begitu bermakna.

Kitaran haid saya yang tidak menentu membuatkan saya dan suami tidak menjangka khabar gembira ini. Syukur ke hadrat Illahi..Dia Yang Satu Maha Mendengar Permintaan hamba-Nya selama ini.. Terima Kasih buat ahli keluarga , saudara mara dan juga sahabat handai yang mana selama ini memberi support kepada kami berdua dan juga mendoakan rezeki ini buat kami. Incik Suami bertambah-tambah happy selepas mendapat perkhabaran gumbira ini. 




Semua gambar ihsan dari Google =)
Alhamdulillah.. Sykur ke Hadrat Illahi.. Semoga baby berada dalam keadaan sihat hendaknya. aamiinnn..

2 komen:

LyNn HaMzAh on Feb 7, 2011, 10:37:00 AM said...

syukur alhamdulillah...semoag fiza dan suami dapat anak yang comey...

Awangku Johan on Feb 20, 2011, 12:13:00 AM said...

salam ziarah dan salam perkenalan dari saya awangku johan.. terjah dari laman blog abg ben.. saya follow blog awak ek.. mai la singgah dan follow blog saya ek.. ok thanks

Related Posts with Thumbnails