Asslamualaikum w.b.t
Haaaahhhhh!! Lamanya blog ni tak berupdate kan..Sejak-sejak tuan umah ni jatuh sakit aritu, sejak itulah blog ini terbiar sepi.. Mana yang sempat tu..saya balas la komen-komen dan lawatan. Mana yang tak sempat tu, saya kumpulkan dulu..Baru hari ini saya membalas lawatan mereka semua sekaligus. Itupun ada lagi yang terhutang. *Maafkan saya ya..saya akan berusaha perlahan-lahan utk membuat lawatan balas anda itu*
Hari ini di opis, ada jugak la kekalutan yang berlaku..Yer la..cuti dah lama menjangkaui 3 minggu. 1st day masuk kerja lepas cuti panjang minggu lepas, macam terkejut pulak! *biar betik?? Punch card aku ni menunjukkan setengah bulan aku bercuti.* hohohohohoho... Dan mulai hari ini saya akan mula menghapdet cerita cerita yang boleh dikongsikan bersama anda semua utk kebaikan dan pengalaman hidup kita hokey! Mood berbloging saya membuak-buak sejak dua tiga menjak ni. Mungkin semangat baru dan juga perhargaan yang saya dapat dari Blogger terkenal En. Ben Ashaari. Macam mana saya boleh dapat semangat dari Abg Ben ini?? haaaaa sila baca entry saya yang sebelum ini DI SINI
*Panjang pulak saya membebel* WHAT A DAY!!! Tajuk kita pada hari ini ya kawan-kawan *muahehehehe*
WHAT A DAY PART I :
Incik hubby berchatting dengan kawan lamanya di laman sesawang terkenal iaitu Facebook. Sembang punya sembang, kawan dia ajak la jumpa. Katanya saja la nak jumpa sebab dah lama tak jumpa. Untuk pengetahuan semua, kali terakhir dorang ni jumpa iaitu sewaktu sekolah rendah ya kawan-kawan.. So Incik hubby pun setuju nak jumpa sebab dah alang -alang sama-sama kat KL kalau terjadi apa-apa boleh la nak minta tolong ke dia nak kitorang tolong ke kan..Kami pun pergi la berjumpa dengan dia seperti mana yang di janjikan.
Lama jugak kami bersembang bertanya khabar dan berkongsi cerita. Almaklumla dah lama tak jumpa kan.. di akhir-akhir cerita, mula la beliau bercerita tujuan sebenarnya beliau mahu berjumpa kami. Langkah pertama mula diambil iaitu mengeluarkan sekeping kertas kosong bersama beberapa pemplet produk MLM. Tahu apa yang terjadi??? Kami dipaksa mendengar Marketing Plan sebuah syarikat MLM dan diajak utk join. Dengar, Isi borang, isi borang loan! Mudah saja! Haiyakkkkkkk!!!
Bukan salah, cuma caranya tidak betul..Kawan yang dah lama tak berjumpa tiba-tiba mahu ajak join biznes. Patutla beria benar dia nak jumpa kami.. Saya tak salahkan dia cuma caranya tidak kena dengan keadaan..Tanpa menunjukkan pejabat sebenar..Bercakap tanpa mengggunakan fakta yang benar, menjanjikan yang bukan -bukan..inilah punca mengapa masyarakat kita sangat takut dengan MLM.*stop la fiza dari membebel tu*
At the end, dia tanya kami parking kereta kat mana? Maybe nak usha kami pakai kereta apa sambil berbangga menyatakan beliau kini mampu memiliki Honda City terbaru. Alhamdulillah..Rezeki utk beliau kan..apa salahnya memakai jika sudah berkemampuan kan? Ya..sambil berjalan menuju ke kereta masing - masing, dari jauh kami nampak wajah beliau berubah menjadi pucat selepas berjaya menskodeng kereta tunggangan kami :)
WHAT A DAY!!
**********************************
***********************************
0 komen:
Post a Comment