Pages

Followers

07 February 2011

Complete Abortion !!

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, February 07, 2011
 Assalamualaikum w.b.t buat semua

 gambar dari Google

Baru sahaja beberapa hari lepas saya berkongsi berita gembira bersama anda semua mengatakan saya kini sedang mengandung 3 bulan anak sulung kami. Tapi takdir tuhan siapa yang mampu melawan bukan? Ternyata Allah s.w.t lebih menyayangi dia dan telah menjemput beliau dahulu tanpa sempat melihat dunia. Kandungan saya terpaksa digugurkan kerana baby kami tidak mempunya jantung sedangkan sifat lain pada anggota badan semuanya sempurna kecuali jatung. Dia tidak dianugerahkan jantung untuk hidup. Ini dipanggil In Missing Abortion.

Abortion is the termination of a pregnancy by the removal or expulsion of a fetus or embryo from the uterus, resulting in or caused by its death.[1] An abortion can occur spontaneously due to complications during pregnancy or can be induced, in humans and other species. In the context of human pregnancies, an abortion induced to preserve the health of the gravida (pregnant female) is termed a therapeutic abortion, while an abortion induced for any other reason is termed an elective abortion. The term abortion most commonly refers to the induced abortion of a human pregnancy, while spontaneous abortions are usually termed miscarriages.

Rabu ( 02/02/2011)

Bangun pagi terasa sakit perut yang amat sangat seperti segugut nak period. Lantas saya ambil keputusan utk pergi ke klinik berjumpa dengan doktor. Lagipun sejak dimaklumkan mengandung, saya belum lagi scan perut untuk cek keadaan baby. Jadi saya ke klinik swasta berhampiran rumah mama untuk berjumpa doktor dan buat pemeriksaan baby. Keputusannya doktor xdapat detect jantung baby. Kata doktor, antara dua sebab sama ada baby sembunyi ataupun memang baby xmenjadi. Jadi saya disarankan supaya terus ke hospital utk buat pemeriksaan selanjutnya.

Balik rumah, bleeding seperti warna coklat seperti darah haid tapi tak banyak. Mama nasihatkan supaya saya rehat jangan banyak bergerak sementara menunggu Incik Hubby sampai dari KL.


Khamis ( 03/02/2011 )

Alhamdulillah, Incik Hubby sudah sampai di Perlis dari KL. Pagi ini saya masih bleeding tapi tak banyak. Pukul 9 pagi kami ke klinik pakar sakit puan untuk buat pemeriksaan sekali lagi. Kali ini, doktor pakar scan semula dan memaklumkan perkara yang sama. Baby xda jantung lagi..Mungkin usia kandungan saya bukan 3 bulan lagi. Mungkin kandungan baru bermula dalam 6-8 minggu dan bukan 12 minggu mengikut tarikh last period saya iaitu 13 November 2010. Pakar menasihati saya supaya tunggu pembesaran baby selama dua minggu lagi sama ada baby membesar atau tidak. Jika tiada apa apa pembesaran baby, itu bermakna baby tidak hidup sebab tiada denyutan jantung. Keadaan saya yang masih bleeding menyebabkan pakar menasihati saya supaya terus ke hospital jika darah masih turun. Kemungkinan baby sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Jumaat ( 04/02/2011 )

Apabila melihatkan keadaan saya yang masih bleeding, kami mengambil keputusan untuk terus ke hospital. Sampai sahaja di unit kecemasan, doktor sekali lagi scan untuk melihat keadaan baby. Denyutan jantung tiada dan doktor membuat keputusan untuk menahan saya di wad untuk membuat pemeriksaan lanjut. Andainya baby tiada maka prosess DNC terpaksa dilakukan untuk mencuci rahim dan mengeluarkan baby dari kandungan.

Hasil pemeriksaan doktor pakar sakit puan, beliau mengesahkan keadaan baby tidak dapat diselamatkan lagi kerana janin tersebut sudah kelihatan seperti mahu gugur. Oleh itu, keputusan diambil supaya proses DNC dilakukan. Ini kerana jika janin tidak dikeluarkan kemungkinan besar jangkitan kuman boleh berlaku pada rahim. Saya dan suami redha dengan ujian Allah ini untuk kami. Operation akan dijalankan pada keesokan harinya.

Sabtu ( 05/02/2011 )

0600 pagi saya dikejutkan oleh doktor untuk bangun kerana proses untuk memasukkan ubat supaya pintu rahim terbuka (enduce) akan dibuat. Selepas selesai ubat dimasukan dan saya kembali ke katil, perut mula terasa sakit. Contraction seperti hendak bersalin mula dirasakan. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana rasa sakit itu. Doktor memaklumkan memang kesan ubat itu kuat kerana untuk mengeluarkan janin tersebut. Akibat tak tahan sakit, doktor memasukkan ubat tahan sakit Petedin supaya saya dapat bertahan dari kesakitan.

Kesan ubat yang sangat kuat membuatkan saya tertidur ketika melawan kesakitan. Sehingga jam 1100 pagi saya terjaga dan terasa seperti mahu membuang air kecil. Doktor berpesan supaya tidak menggunakan mangkuk tandas sebaliknya hanya membuang air di atas lantai bimbang janin tersebut keluar dan jatuh ke dalam mangkuk tandas. Tanpa disangka sebenarnya rasa seperti mahu membuang air kecil itu adalah kerana janin tersebut mahu keluar dan terjatuh di atas lantai! Mujur mama ada bersama.

Doktor terus menjalankan pemeriksaan dan hasil daripada scan yang dibuat, DNC tidak perlu di buat keranan janin sudah keluar dan tiada tisu-tisu yang tertinggal. Syukur ke hadrat Illahi..semuanya sudah selesai..cuma saya perlu direhatkan. Jika tiada bleeding keesokan harinya saya sudah boleh berehat di rumah.

Melihat keadaan baby yang sudah sempurna sifatnya membuatkan saya sebak dan tidak dapat menahan air mata seorang ibu. Jauh di sudut hati ini, saya redha dengan ketentuan takdir dari Yang Maha Esa buat saya dan suami serta ahli keluarga yang lain. Saya percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dari Yang Maha Esa.

Ahad ( 06/02/2011 )

Hari yang ditunggu-tunggu. =) saya sudah boleh balik berehat di rumah. Baby? Telah dihantar ke makmal untuk dikaji sama ada penyakit atau kuman lain. Kemuadian pihak makmal akan menghubungi suami untuk mengambil janin tersebut dan dikebumikan secara biasa. Ya Allah..Maha Suci Maha Mengetahui.. Ujian yang satu ini membuatkan hati sebak dan tidak dapat menahan air mata ini. Sedih, pilu, bercampur baur. Lama kami menunggu selepas 2 tahun perkahwinan kami..Alhamdulillah..kami bersyukur kerana dia telah menggembirakan kami walaupun hanya seketika. Aman damai lah dikau di sana wahai anakku..

Isnin ( 07/02/2011 )

Hari ini sehingga 11/02/2011 saya diberi cuti rehat untuk berehat di rumah sambil berpantang. Bezanya berpantang tanpa baby disisi. Sebagai seorang ibu, saya redha dgn ketentuan dari Allah swt utk saya dan suami. Baby kami memang tak dapat hidup. walaupun membesar risiko kecacatan amat tinggi. Mungkin dia pun memahami dan tak nak menyusahkan ibu dan papa nya jika dia lahir di dunia dengan kecacatan. Ya Allah Ya Tuhanku.. Kuatkanlah semangat ku ini menghadapi ujian getir dari-Mu Ya Allah.. Tenang lah wahai anak ibu di sana..Ibu mendoakan yang terbaik buat kamu di sana ("-") Aaaaminnnnn...

[Notakaki: Terima kasih buat semua kawan-kawan yang tak jemu-jemu memberi kata semangat dan support buat saya dan suami. Terima kasih atas doa kalian buat saya. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya ]

"La tahzan innallaha ma'ana" "Don't be sad. Allah is with us."

19 komen:

LyNn HaMzAh on Feb 7, 2011, 5:04:00 PM said...

sorry fiza...kak lynn baru dapat tahu tntg hal nie...kak lynn doakan fiza dan suami tabah hadapi dugaan nie yer...semoga ada rezeki fiza utk dapat baby next time...insyaallah...banyak2 bersabar yer dik...

Lalinkfyza on Feb 7, 2011, 5:28:00 PM said...

thanks kak lyn. jangan risau..saya redha dgn ujian allah ini.

Ellen on Feb 8, 2011, 2:53:00 PM said...

Hai Fiza...sebak kak ellen baca ni semua...sabar ya, Akak percaya akan ada rezeki lagi buat Fiza dan Hubby.

inumatin on Feb 8, 2011, 3:47:00 PM said...

moga fiza tabah menghadapi ujian ni...

asleenda on Feb 8, 2011, 4:29:00 PM said...

sedih...:(

semoga akak tabah dan kuat...

Lalinkfyza on Feb 9, 2011, 2:47:00 PM said...

kak ellen , inumatin , asleenda: thanks semua =) insyaallah..amiinn..

ftdanisha on Feb 18, 2011, 12:55:00 PM said...

takziah..bsbr..dan cube lg..slm ziarah..dtg dr blog BA..http://shares-something.blogspot.com/

Anonymous said...

sorry to hear that... takziah. semoga si kecil menjadi bekalan kamu di syurga. sebak fda membaca entry ni...

salam kenal. fda dtg dpd segmen abg ben...

BMS/Maziela_84 on Feb 18, 2011, 4:05:00 PM said...

singgah dari blog BA

takziah...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

apa pon salam perkenalan..
meh singgah n follow blog sy

http://nabamku.blogspot.com/

Lida Rahim on Feb 18, 2011, 4:20:00 PM said...

jengah sini dr blog en BA...

semoga Fiza tabah.. tiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.. cuma kita tak tao bila ia akan muncul.

Insya Allah.

CikSpek on Feb 18, 2011, 4:21:00 PM said...

jln2 dr blog BA. selamat b'kenalan.

p/s : Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. pasti ada hikmah. sabar ye kak.

Diya Edhayaa on Feb 18, 2011, 4:34:00 PM said...

sggah dr blog BA.. and folow akak..
jgn b'sedih ye kak..tabahkan hati..

Ina on Feb 18, 2011, 10:13:00 PM said...

As Salam..first time dtg blog u..saya turut merasa kesedihan awak..harap bersabar ye..Insyaallah, ada rezeki dapat la tu..banyakkan berdoa ye.
http://inanazir.blogspot.com

bonadsayang on Feb 19, 2011, 11:17:00 AM said...

salam kak..ya allah sekejap je kegembiraan yg akak kecapi.tapi kak takdir tuhan mmg betul kite tak dapat nak halang.semoga akk tabah ye....nanti dapat baby omel2 lagi cam bonad ni ;p

syafiqa on Feb 21, 2011, 5:55:00 PM said...

sabar ye kak.
ni semua takdir.
insyaallah ada rezeki
dapat gak.

syi..:) on Feb 22, 2011, 3:36:00 PM said...

sedih kesah fixa ni..salam takziah dr syi..baru sempat baca..kuat kan semagat k.,insyAllah satu hari nnt mesti fixa dpt cahaya mata

Lalinkfyza on Feb 28, 2011, 9:48:00 AM said...

@FazteeDanisha

Salam ziarah. thanks banyak2 :)

@fda

Aameennn..semoga menjadi bekalan buat mummy dan daddy di akhirat. thanks fda :)

@maziela

terima kasih byk2. thanks sudi singgah blog saya :)

@axelida

yaa..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

@miss pikon

thanks utk semangat dari anda. saya amat menghargainya

@dya

terima kasih dya :)

@ina

terima kasih banyak2. saya pasti setiap kesedihan yang diterima pasti akan digantikan dengan kegembiraan selepas ini :)

@bonadsayang

harap baby yang comel mcm bonad jugak. thanks dear :)

@syafiq

terima kasig syafiQ

@syi

Thanks banyak@ syi..insyaallah ameenn.. :)

Cikgu Achique @ Ai on Feb 28, 2011, 11:06:00 AM said...

Dah start keje balik ke? Insyaallah Fiza, kita sama2 doa ada rezeki yang lebih baik di kemudian hari. Allah menguji diberikan matahri yang cantik, kemudian hujan turun tak disangka2....rupanya ada yang lagi indah, Pelangi menanti untuk menyua muka. Insyaallah yakinlah dengan janji Allah.

Lalinkfyza on Feb 28, 2011, 12:10:00 PM said...

@cikguachique

terima kasih banyak2 cikgu :) saya dah start kerja balik dah seminggu yang lalu. mcm 2 minggu ja. ya janji Allah itu pasti!! insyaAllah aaameenn..

Related Posts with Thumbnails