Assalamualaikum w.b.t
Ya Allah..sudah lama blog saya ni tak di update sejak tragedi saya mengalami keguguran sewaktu Perayaan Tahun Baru Cina yang lepas. Niat di hati banyak sangat cerita yang nak di kongsikan bersama tapi apakan daya banyak kerja lain yang lebih penting yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. * ini pun curik time keje di opis* Lalalala..
Saya tak ingat bilakah tarikh sebenar ianya terjadi tetapi apa yang pasti bila mana pada suatu hari saya buka blog saya dan terkejut apabila menerima lebih dari 10 komen di entry saya yang terbaru. *biasanya jarang saya nak dapat komen yang sebegitu banyak utk entry entry saya di blog* maklumla saya hanya blogger yang baru belajar berjinak-jinak dengan dunia blog. Rupanya mereka semua merupakan sahabat bloger yang melawat saya menerusi segmen Abg Ben Ashaari yang saya sertai semasa cuti lepas. Terima kasih buat semua yang sudi menjengah ke teratak buruk saya ni yang tak seberapa sangat. Sementelah saya juga adalah di antara blogger yang baru belajar berjinak-jinak dengan dunia blog.
Terima kasih kerana saya di tangga kedua :)
Saya sangat mengkagumi blogger En Ben Ashaari kerana idea beliau yang sangat bernas bagaimana untuk menonjolkan para bloggers baru ini. Terima kasih yang tak terhingga buat Abg Ben. :)) kerana dengan pertolongan dari Abg Ben juga dapat meningkatkan trafik blog saya yang semakin haus dan dapat mengeratkan sillaturrahim antara blogger-blogger baru yang lain. Terima kasih yang tak terhingga utk Abg Ben.
Lepas ni Insyaallah saya akan lebih aktif dalam penulisan blog di samping meningkatkan lagi kualiti penulisan saya. Terima kasih buat semua blogger yang sudi singgah di blog saya ini :)
2 komen:
As Salam dear..i'm really sorry for your lost. Insyaallah ada rezeki lagi tu..sabar ye..banyak-banyak berdoa.
@ ina
tq kak ina..insyaallah ameennn..
Post a Comment