Pages

Followers

17 March 2010

✿Seminggu bersama mama tersayang✿

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 17, 2010

SALAM


Jumaat lepas (12.03.2010) mak Ani mai kL dengan menaiki bas dari Perlis. Tujuannya hanya satu, menemani anakanda yang tersayang selama seminggu kerana ketiadaan hubbyku yang tersayang. Gerun jugak aku nak dok umah sorg2 ni semasa ketiadaan hubby di rumah so the best solution, ajak la mak Ani mai teman aku kat sini. Encik Hubby ada Teambuilding kat PD. InsyaAllah, Khamis ni baru balik KL. Kebetulan nak melawat Abg Nasrul yang sedang tenat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan akibat barah hati dan serangan jantung. Elok sgt la mak Ani mai pun. kira sekali jalan la kan. 

***********************************************
Sabtu - Sepatutnya aku & Encik Hubby ada kelas business tapi sebab encik Hubby kena keja last minute, kami decide ponteng kelas. Lalalalalala...lagipun mak Ani ada di rumah, kesian pulak nak tinggalkan dia kat umah sorg2. 

Petang tue, dapat call dr Kak Idah yang Abg Nasrul dah meninggal dunia. Innalillah.. so kami bergegas ke HAT, wangsa maju sebab Jenazah dimandikan, di kafankan di Hospital then terus nak bawa balik ke Ps di kebumikan di sana. Takziah kepada Kak Idah dan kelaurga.  Kak Idah ni kakak aku. kami ni satu Ayah tapi berlainan mak. mcm mana boleh mcm tue? nanti la aku buat satu entry khas utk salasilah keluarga aku ok :)

Arwah Abg Nasrul dah lama sakit. Mula dari hati membengkak lepas tue ditahan di wad sebab jantung yang lemah. 4 Hari di CCU dan akhirnya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi anak2nya pada jam 4 petang 13.03.2010 yang lalu. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh-Nya. Aminnnnn..

Buat Kak Idah & keluarga :
  • Takziah atas pemergian Allahyarham Abg Nasrul. 
  • Semoga Kak Idah & anak2 terus tabah dan bersabar dengan ujian dari-Nya
P/S : Al-Fatihah untuk Allahyarham abg nasrul. =(

0 komen:

Related Posts with Thumbnails