Pages

Followers

03 March 2010

Emulsifier E471 Halal atau tidak???

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 03, 2010
 

Salam semua..selamat hari Rabu..Arini lunch, saya memilih untuk tidak keluar membeli makanan sebaliknya membuat keputusan minum aje la apa yang ada kat dlm laci ni. Kawan2 yang lain, sume nye tak der sebab pegi dengar ceramah motivasi Dr. Mohd Fadzilah Kamsah kat tingkat 8 so hanya tinggal beberapa kerat sahaja staff kat opis termasuk lah saya :))

Terasa haus, tangan cepat je buka laci mencari 3in1 yang ada dlm simpanan. Nasib baik la masih ada lagi 1 paket Nescafe Ipoh White Coffee. (Penah tengok? Kalau xpenah, sila rujuk gambar di atas) Untuk makluman semua, saya memang seorang yang sangat suka kan minuman kopi ni..tak kira la nescafe ke, neslo ke, mocha ke, kapucino ke..memang peberet saya la . Riso jugak kalau la ditakdirkan rezeki dari Allah, saya mengandung mcm mana la nak buang habit ni sebab seperti semua sedia maklum keburukan minuman berkafin ni kepada ibu mengandung adalah 10x lebih buruk drp merokok. 

Ok, back to the story, on the way ke pantry, mata ni terpandang pada ramuan yang ada di belakang paket ini EMULSIFIER 471?????? gabra la sat, pusing patah balik ke tempat cepat2 surf internet. mencari bahan yang mungkin dapat membantu dlm mengenal pasti tahap halal atau haram minuman ini. Dan ini hasil yang saya dapat :

**************************************

Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.

Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.

Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..

Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..

untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..


************************************
Artikel ni di ambil di sini. Sebuah blog yang boleh dijadikan panduan tentang produk halal untuk umat Islam. Selepas ini, tidak ada keraguan lagi tentang minuman ini IsyaAllah..

p/s: Mencari Halal itu Fardhu. Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.

2 komen:

Latifah on Nov 21, 2010, 11:48:00 PM said...

emmm thanks for the info...
Latifah pun addicted ngan nescafe ni...
tetiba waktu belek2 tin nescafe white coffe ni baru perasan pasal emulsifier e471 ni.
tu terus google n jumpa blog nie..
=)

Lalinkfyza on Dec 3, 2010, 7:26:00 PM said...

sama-sama kak..
sama jugak situasi kita.
saya memang gila kentang punye dgn nescafe ni tapi bila terbaca jer terus google dan share kat sini. :))

Related Posts with Thumbnails