Suami : Memang pun nak kuaq sat lagi. Kita pi The Mines, Sg Besi. Selalunya lintas ja depan tu otw abg nak pi balakong. Pi siap cepat.
Maka dengan gumbiranya (*-*) aku berlalu dari ruang tamu untuk bersiap sementara meninggalkan si suami yang sedang asyik menonton televisyen. Tau dah, org pumpuan ni kalo bersiap..dan dulu dia tengok tb setengah jam lagi baru bangun pi mandi Hihihihi..so hasilnya
si suami sudah siap bersedia :)) here we come with love from KL :))
Si Isteri ni sangat la gembira apabila si suami nak membawanya jalan2 kat The Mines tue..maklumla..dah lama teringin nak naik Cruise kat The Mines tue jadi apabila berkesempatan ni, berkobar2 la semnagat tue kan.. Untuk pengetahuan semua, The Mines City ni salah satu shopping complek yang ada sekitar KL ni. menariknya ada Cruise yang boleh pusing2 tasik dekat The Mines City ni. siap ada 7 wonders The Mines City lagi. Sedikit Info yer utk anda semua :
MINES Wonderland Theme Park
MINES Golf Club
MINES Waterfront Business Park
Palace Beach & Spa Hotel
Palace of the Golden Horses
MINES International Exhibition & Convention Centre
MINES Shopping Fair
Lepak dulu makan mcflurry :))
Makan lagi :))
Hati ni melonjak-lonjak la nak try naik Cruise kat The Mines tue.. So after makan2, kami decide nak pegi la try naik Cruise tue tapi malangnya time tue dah full sebab ada rombongan dari sekolah menengah dah booking suma cruise tue utk bawa budak2 dia. haishhhhhh..frust beb! Dah la dari umah lagi semanagt ni nak naik cruise tue. Hubby cakap " xpa la, laen kali kita mai laen ok. Lgipun mama nak mai mgu depan, nanti kita mai bawa dia pulak" erm..frust aku. Aku sempat la snap pic je :((
Then kami decide nak balik tapi terbantut kejap sebab hubby ternampak kedai gunting rambut. Kat KL ni agak susah la nak cari kedai gunting rambut mcm kat kg nu..kat kg senang, pi ja kedai gunting rambut besa, tunggu turn, dia gunting, siap RM5 - RM8 ja ikut la kita nak gunting rambut style mcm mana kan. kalo nak gunting jugak kat kedai mcm di kg tue kena pi kat Kg Baru tp nak rempuh jem lagi kan so dia nak poting ja kat sini. gambar di bawah sekadar gambar hiasan ja sebab kedai yang kami masuk ni RM15 utk tempoh 10 minit perkhidmatan mengguntiing rambut.
Sekadar gambar hiasan
Ni la keadaan tempat yang disediakan
1st : Masukkan duit RM15 di sini, then akan dapat 1 kad perkhidmatan
"Tukang Gunting Rambut" dah start nak buat keja dia dah
Tekun
Tengok: kepala pun kena Vakum jugak
Hasilnya : tak jauh beza pun dengan sebelum potong rambut tadi.
Siap!RM15 = mcm tak potong rambut pun!
Then kami pun kuar dari The Mines. hubby ajak pi umah kak mila kat nilai tengok syahmi yang dah lama tak tengok tapi aku ajak pi umah kak kak cik tengok Damia sebab tengok dia Damia time cukur jambul dulu ja. Tingin jugak nak tengok Damia ni mcm mana rupa dia bila dah 3 bulan lebih ni. tengok baby org ja la, baby sendiri tak dak lagi :))
Damia dah besar, 3 bulan, sama umur dengan anak buah aku Hazim. Damia ni anak sepupu aku, Kak cik aku panggil dia.Dulu, masa time bujang, aku penah dok sat dengan kak cik ni sebelum pindah dok umah bujang. tapi tak jauh pun. blok yang sama, aku kat tingkat 3, umah kak cik ni kat tingkat 2 (*-*)
Damia dah tidoq time kami sampai tue, besa la baby kan..of course la tidioq selepas perut kennyang kan??
Balik dari umah kak cik kat sentul, kami pi Uptown Danau Kota. Ingat nak beli kotak ready made yang comel2 tue. Dari kat The Mines lagi dok cari tapi tak jumpa. Round2 kat sini ada jugak tapi mahai sgt. RM30 utk sekotak haishhhhhhhhhh nak buat apa la mahai2 sgt mcm tue, last2 xjadi jugak beli sebab pusing2 servey2, harga lebih kurang sama ja. Beza 2 hinggit ja. xjadi beli kami terus balik ja sebab semakin lewat, semakin ramai manusia2 membanjiri tempat ni. Sampai umah koi 1pg lebih dah.Huaargggghhhhhh!!!! Ngantuk+leteh = best dapat jalan2. Gudnite. Esok nak pi Putrajaya umah Bob (kawan Hubby)
**********************************************************
Pagi ahad yang nyaman (*-*) Niat nk pi jogging terbantut sebab hujan yang sgt lebat di pagi hari (*-*) tiba tuan umah, kak ton call minta tolong pi cuci umah baru dia kat Selayang. Kebetulan si Bob nak pi KLIA dulu hantar barang jadi petang2 skit pun boleh pi umah dia.(*-*")
Lepas habis kemas umah, basuh baju, mandikan si kecik mimi tue, kami gerak pi Selayang mencari Taman Selayang Mulia.. Rumah teres 3 tingkat berharga RM180K. Murah kan utk market kat area selayang ni. Kalo la ada rumah sendiri mcm tue memang elok sgt la tapi tak pa, reseki belum ada lagi utk kami beli umah. sekarang ni baru dok servey2 ja. Umah ni dulu tuan umah nak bg kami duduk tapi yer la, 3 tingkat utk sepasang suami isteri yang baru kawin nak duduk, xker pembaziran namanye tue? (*-*) gambar tak amik pun sebab camera ku betery weak :((
Lepas habis tolong cuci apa yang patut, kami terus gerak ke Putrajaya umah bob. Bob & K.zai baru pindah masuk kuarters kat putrajaya. Depa ajak kami pi mkn laksa. Peberet aku la laksa tu. Bob keja kat Balai Polis Jln Pudu. Kak Zai pulak cikgu sekolah rendah. tak lama lagi k.zai akan pindah mengajar kat Sekolah rendah Presint 14 tu juga. Kiranya tak jauh la dari umah dia nak ke sekolah tue :)
Koi 5 lebih kami gerak balik kL. Sampai kat area Jinjang ni, singgah tapau nasi goreng siap2. Balik,mandi, siap2 utk baju keja esoknya ; Isnin. Hubby ada kursus kat Nissan sampai khamis ni so harusla aku bangun pagi2 buat bfast siap2 utk dia kan sebelum p kursus sebab depa ni kalo kursus kat company swasta tak dak mkn mcm goment punya kursus yang 6x makan ni. Kesian pulak kang pakai tak bfast la. Tunggu lunch baru nak makan. Siap suma, jom tidoq.
P/s : Dah lama rasanya tak prepared bfast pagi2 utk hubby. Yer la, asyik beli jer nasi lemak kat simpang kuar apartment tue. Sorry ye bang, esok saye masakkan bihun goreng buat bfast abg yer (*-*)
Chow Sin Ciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
0 komen:
Post a Comment