Pages

Followers

08 March 2010

Hujung minggu yang Bz

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Monday, March 08, 2010 0 komen
Isteri   : Abg, kita pi jalan-jalan nak tak arini? bosan dok umah cuti2 ni.
Suami  : Memang pun nak kuaq sat lagi. Kita pi The Mines, Sg Besi. Selalunya lintas ja depan tu otw abg nak pi balakong. Pi siap cepat.

Maka dengan gumbiranya (*-*) aku berlalu dari ruang tamu untuk bersiap sementara meninggalkan si suami yang sedang asyik menonton televisyen. Tau dah, org pumpuan ni kalo bersiap..dan dulu dia tengok tb setengah jam lagi baru bangun pi mandi Hihihihi..so hasilnya


si suami sudah siap bersedia :)) here we come with love from KL :))

Si Isteri ni sangat la gembira apabila si suami nak membawanya jalan2 kat The Mines tue..maklumla..dah lama teringin nak naik Cruise kat The Mines tue jadi apabila berkesempatan ni, berkobar2 la semnagat tue kan.. Untuk pengetahuan semua, The Mines City  ni salah satu shopping complek yang ada sekitar KL ni. menariknya ada Cruise yang boleh pusing2 tasik dekat The Mines City ni. siap ada 7 wonders The Mines City lagi. Sedikit Info yer utk anda semua :


  • MINES Wonderland Theme Park


  • MINES Golf Club


  • MINES Waterfront Business Park


  • Palace Beach & Spa Hotel


  • Palace of the Golden Horses


  • MINES International Exhibition & Convention Centre


  • MINES Shopping Fair
Aku dengan hubby cuma p MINES Shopping Fair jer la. 6 tempat tue len kali je la ek..Kami sampai kat sana lebih kurang koi 5 ptg dah..Cuaca mendung ja mcm nak hujan so kami decide jalan2 dulu sekitar shopping compleks The Mines ni.. Mcm Midvalley jugak, The Mines ni pun ada jugak North, Centre, South Court so boleh tahan jugak la besar nya kalo nak jalan2 tue..Niat nak beli kotak ready made utk letakkan DVD hubby yang banyak kat umah tu. sambil tue servey jugak kasut. besa la, aku kan hantu kasut..ke mana pegi pun mesti nak membeli kasut. maybe sebab aku ni kaki berjalan kot. hahahaha..jom jalan2 :

Lepak dulu makan mcflurry :))


Makan lagi :))

Hati ni melonjak-lonjak la nak try naik Cruise kat The Mines tue.. So after makan2, kami decide nak pegi la try naik Cruise tue tapi malangnya time tue dah full sebab ada rombongan dari sekolah menengah dah booking suma cruise tue utk bawa budak2 dia. haishhhhhh..frust beb! Dah la dari umah lagi semanagt ni nak naik cruise tue. Hubby cakap " xpa la, laen kali kita mai laen ok. Lgipun mama nak mai mgu depan, nanti kita mai bawa dia pulak" erm..frust aku. Aku sempat la snap pic je :((







Then kami decide nak balik tapi terbantut kejap sebab hubby ternampak kedai gunting rambut. Kat KL ni agak susah la nak cari kedai gunting rambut mcm kat kg nu..kat kg senang, pi ja kedai gunting rambut besa, tunggu turn, dia gunting, siap RM5 - RM8 ja ikut la kita nak gunting rambut style mcm mana kan. kalo nak gunting jugak kat kedai mcm di kg tue kena pi kat Kg Baru tp nak rempuh jem lagi kan so dia nak poting ja kat sini. gambar di bawah sekadar gambar hiasan ja sebab kedai yang kami masuk ni RM15 utk tempoh 10 minit perkhidmatan mengguntiing rambut.

 
Sekadar gambar hiasan



Ni la keadaan tempat yang disediakan

1st : Masukkan duit RM15 di sini, then akan dapat 1 kad perkhidmatan

"Tukang Gunting Rambut" dah start nak buat keja dia dah



Tekun

Tengok: kepala pun kena Vakum jugak

Hasilnya : tak jauh beza pun dengan sebelum potong rambut tadi.
Siap!RM15 = mcm tak potong rambut pun!

Then kami pun kuar dari The Mines. hubby ajak pi umah kak mila kat nilai tengok syahmi yang dah lama tak tengok tapi aku ajak pi umah kak kak cik tengok Damia sebab tengok dia Damia time cukur jambul dulu ja. Tingin jugak nak tengok Damia ni mcm mana rupa dia bila dah 3 bulan lebih ni. tengok baby org ja la, baby sendiri tak dak lagi :))

Damia dah besar, 3 bulan, sama umur dengan anak buah aku Hazim. Damia ni anak sepupu aku, Kak cik aku panggil dia.Dulu, masa time bujang, aku penah dok sat dengan kak cik ni sebelum pindah dok umah bujang. tapi tak jauh pun. blok yang sama, aku kat  tingkat 3, umah kak cik ni kat tingkat 2 (*-*)
Damia dah tidoq time kami sampai tue, besa la baby kan..of course la tidioq selepas perut kennyang kan??

Balik dari umah kak cik kat sentul, kami pi Uptown Danau Kota. Ingat nak beli kotak ready made yang comel2 tue. Dari kat The Mines lagi dok cari tapi tak jumpa. Round2 kat sini ada jugak tapi mahai sgt. RM30 utk sekotak haishhhhhhhhhh nak buat apa la mahai2 sgt mcm tue, last2 xjadi jugak beli sebab pusing2 servey2, harga lebih kurang sama ja. Beza 2 hinggit ja. xjadi beli kami terus balik ja sebab semakin lewat, semakin ramai manusia2 membanjiri tempat ni. Sampai umah koi 1pg lebih dah.Huaargggghhhhhh!!!! Ngantuk+leteh = best dapat jalan2. Gudnite. Esok nak pi Putrajaya umah Bob (kawan Hubby)

**********************************************************

Pagi ahad yang nyaman (*-*) Niat nk pi jogging terbantut sebab hujan yang sgt lebat di pagi hari (*-*) tiba tuan umah, kak ton call minta tolong pi cuci umah baru dia kat Selayang. Kebetulan si Bob nak pi KLIA dulu hantar barang jadi petang2 skit pun boleh pi umah dia.(*-*")

Lepas habis kemas umah, basuh baju, mandikan si kecik mimi tue, kami gerak pi Selayang mencari Taman Selayang Mulia.. Rumah teres 3 tingkat berharga RM180K. Murah kan utk market kat area selayang ni. Kalo la ada rumah sendiri mcm tue memang elok sgt la tapi tak pa, reseki belum ada lagi utk kami beli umah. sekarang ni baru dok servey2 ja. Umah ni dulu tuan umah nak bg kami duduk tapi yer la, 3 tingkat utk sepasang suami isteri yang baru kawin nak duduk, xker pembaziran namanye tue? (*-*) gambar tak amik pun sebab camera ku betery weak :((

Lepas habis tolong cuci apa yang patut, kami terus gerak ke Putrajaya umah bob. Bob & K.zai baru pindah masuk kuarters kat putrajaya. Depa ajak kami pi mkn laksa. Peberet aku la laksa tu. Bob keja kat Balai Polis Jln Pudu. Kak Zai pulak cikgu sekolah rendah. tak lama lagi k.zai akan pindah mengajar kat Sekolah rendah Presint 14 tu juga. Kiranya tak jauh la dari umah dia nak ke sekolah tue :)

Koi 5 lebih kami gerak balik kL. Sampai kat area Jinjang ni, singgah tapau nasi goreng siap2. Balik,mandi, siap2 utk baju keja esoknya ; Isnin. Hubby ada kursus kat Nissan sampai khamis ni so harusla aku bangun pagi2 buat bfast siap2 utk dia kan sebelum p kursus sebab depa ni kalo kursus kat company swasta tak dak mkn mcm goment punya kursus yang 6x makan ni. Kesian pulak kang pakai tak bfast la. Tunggu lunch baru nak makan. Siap suma, jom tidoq.

P/s : Dah lama rasanya tak prepared bfast pagi2 utk hubby. Yer la, asyik beli jer nasi lemak kat simpang kuar apartment tue. Sorry ye bang, esok saye masakkan bihun goreng buat bfast abg yer (*-*)

Chow Sin Ciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!







05 March 2010

EntrY bASi Part VII::Jalan-Jalan Hujung Minggu::

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Friday, March 05, 2010 0 komen
  

Abg Zahar & da Family

  

Aku & hubby..mesti ada..

  

Batak Band

  

Batak Band @ Concorde Hotel,KL

Salam sume..entry ni sepatutnya dipostkan bersama-sama episod eNtry Basi aku bulan lepas..tapi oleh kerana semua gambar2 di atas tu di amik menggunapakai hp hubby, jadi tertangguh la sudah nak postkan entry ni..semalam..tengah2 belek hp dia, apa lagi, speantas kilat la transfer masuk dlm hp saya pulak sebab nak postkan kat blog..hihihihi..

Kisah ni chewah~ bulan lepas lagi..hari sabtu..tp xingat la berapa haribulan pulak..Saya bersama hubby kuar KL niat di hati nak bawa kazen dia yang baru sampai KL ni jalan2.Kebetulan hari sabtu memang ada pasar malam di Jalan TAR, so kami kaum perempuan ni tak melepaskan peluang la nak membeli belah kain pasang kat Jalan TAR tue..murah2 cantik2 pulak tue..

Dah puas jalan2 kat Jalan TAR tu, kami gerak terus pegi One Utama. Kazen saya, Kak Ja nak beli handbag kebetulan la saya memang nak membeli baju kemeja utk temankan hubby pegi function dia keesokannya..pusing2 punya pusing, dapat la kemeja yang berkenan. Siap bayar. kak Ja pulak, handbag tak beli tapi borong kasut kat NOSE sampai 3 pasang. Gambo tak amik pun. tak ingat nak amik :))

Kuar dari OU, masuk IKEA memandangkan IKEA sebelah je dengan OU jadi kami singgah la kejap..Sian pulak kazen ni tak pernah pi IKEA lagi. Kat sini shopping lagi.. hubby beli cermin ombak nak lekat kat dinding, pokok, byk la juga beli barang deco rumah, sama jugak dengan kak ja pun beli jugak la barang2 mana yang memang tak dijual di Perlis,memang dia borong habis la kat sini sampai kan barang2 yang beli kat IKEA ni tinggal dulu kat umah, nanti kami balik kg, kami bawa sekali la. tak muah keta wehhh :P

  

 

On da way balik dr IKEA, abg zahar call tanya kat mana sebab nak ajak mkn nasi berayani kat restoren arab kat BB. Lagipun, dia lama tak jumpa dengan along, hubby kak ja jadi kami teruskan perjalanan ke Sahara Restoran, BB nasib baik la jalan tak jem sgt padahal mlm minggu dah tue.. memang sedap. mula-mula masuk restoran tue, memang penuh dengan pak arab la sebab dah nama pun Restoren arab kan..yang menariknya nasi beriyani kat sini tak sama dengan yang kita makan kat mamak tue..Beriyani dia ringan saja, tak byk lemak mcm selalu kita mkn sebab katanya beras dia pun mmg import dari Arab. Beras malaysia ni kan berkanji bila buat brayani memang lemak berkrim la kan..Daging kambing pulak, memang tak berbau kambing langsung, pendek kata marveless la sume makanan kat sini. 

  

ni namanya Mandi Chicken Briyani



 




Tengah2 sedap mnejamu selera, abg zahar ajak kami p lepak kat Concorde Hotel,KL layan Batak Band.Jadinya lepak habis makan dekat Sahara Tent ni, kami terus gerak ke Concorde Hotel . Uniknya Batak Band ni, depa akan mai nyanyi kat meja yang kita duduk dan menyanyi live depan kita mengikut lagu yang kita suka. kiranya kita boleh suh dia nyanyi la lagu apa yang kita nak dengar..pastu kalu ada besday girl ka boy ka dia akan nyanyi lagu happy besday then besday girl/boy tu akan dapat la one slice kek utk tiup lilin. sweet kan? hahahaha.. Kami kuar dari coffee house dah pukul 1.30 a.m dah.




Ni la Batak Band tue..with love from Indon :))

p/s: thanks to abg zahar sebab bawa kitorang tengok Batak Band ni. :)



03 March 2010

Emulsifier E471 Halal atau tidak???

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 03, 2010 2 komen
 

Salam semua..selamat hari Rabu..Arini lunch, saya memilih untuk tidak keluar membeli makanan sebaliknya membuat keputusan minum aje la apa yang ada kat dlm laci ni. Kawan2 yang lain, sume nye tak der sebab pegi dengar ceramah motivasi Dr. Mohd Fadzilah Kamsah kat tingkat 8 so hanya tinggal beberapa kerat sahaja staff kat opis termasuk lah saya :))

Terasa haus, tangan cepat je buka laci mencari 3in1 yang ada dlm simpanan. Nasib baik la masih ada lagi 1 paket Nescafe Ipoh White Coffee. (Penah tengok? Kalau xpenah, sila rujuk gambar di atas) Untuk makluman semua, saya memang seorang yang sangat suka kan minuman kopi ni..tak kira la nescafe ke, neslo ke, mocha ke, kapucino ke..memang peberet saya la . Riso jugak kalau la ditakdirkan rezeki dari Allah, saya mengandung mcm mana la nak buang habit ni sebab seperti semua sedia maklum keburukan minuman berkafin ni kepada ibu mengandung adalah 10x lebih buruk drp merokok. 

Ok, back to the story, on the way ke pantry, mata ni terpandang pada ramuan yang ada di belakang paket ini EMULSIFIER 471?????? gabra la sat, pusing patah balik ke tempat cepat2 surf internet. mencari bahan yang mungkin dapat membantu dlm mengenal pasti tahap halal atau haram minuman ini. Dan ini hasil yang saya dapat :

**************************************

Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.

Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.

Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..

Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..

untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..


************************************
Artikel ni di ambil di sini. Sebuah blog yang boleh dijadikan panduan tentang produk halal untuk umat Islam. Selepas ini, tidak ada keraguan lagi tentang minuman ini IsyaAllah..

p/s: Mencari Halal itu Fardhu. Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.

Related Posts with Thumbnails