Assalamualaikum w.b.t
WHAT A DAY !! PART II ini adalah rentetan sambungan daripada kisah WHAT TA DAY!!! PART I *muehehehehe*
Kisahnya weekend lepas (Ahad) saya ke Nilai bersama Incik Hubby. As usual, weekend kalau tak dak aktiviti apa apa kami akan ke rumah kakak Incik Hubby luangkan masa melawat keluarga di sana. Sewaktu kami baru je sampai di parking kat bawah rumah terserempak la dengan jiran depan rumah. Depa ni chinese kat so memang sangat baik dengan kami (saya dan Incik Hubby). Kebetulan la dah lama tak jumpa since saya bercuti sakit di kampung selama 3 minggu.
Jadinya kami berborak-borak sambil naik tangga. Rumah saya tingkat 1 jer so memang takkan naik lif la sebab lif pun jauh di bahagian tengah bangunan. Baik naik tangga je sebab rumah memang depan tangga. Muehehehe.. Dah sampai depan rumah tu lepas dah buka pintu rumah terjengul la si kecik 2 ekor tu.. (Si Mimi & Si Hiro) waktu tu dah pukul 11.30 malam. Esoknya Isnin iaitu hari bekerja ya kawan-kawan...
Haaahhh!! Dah kebetulan la sis amoi ni nampak si kecik 2 ekor tu..apa lagi..die meluru la datang main dengan si kecik 2 ekor ni.. Dulu dorang pun bela juga kucing but since dia dah ada baby ni, mummy dia tak bagi la bela kucing sebab kucing kan binatang berbulu..huhuhu..jadi dia melepaskan rindu utk bermain dengan kucing di rumah kami..
Sambil - sambil sis amoi ni bermain bermanja dengan si kecik 2 ekor ni, saya kemaskan dapur (rumah saya jenis dapur di depan) so boleh la nak melayan tetamu yang datang kan sambil menjeling ke arah jam di dinding..Terdetik dalam hati jahat ni *amoi ni tak nak balik ke dah lewat tengah malam dah ni..esok nak keje..mata dah mengantuk ni..*
Incik hubby pulak melayannnnnn sis amoi ni dengan ramah tamahnyaaa..bagus melayan tetamu ni..tapi dah tengah malam kan..lepas dah habis sesi beramah mesra dengan Si Mimi & Si Hiro, dia promote pulak suruh beli kopi langsing la, promote insurance la, promote suruh beli barangang emas white gold dari Korea la..*haiyakkkkkk amoiiii..Esok saya mau kerja Looooo..huhuhuhu*
At the end maybe dah timbul kesedaran kot yang dah tengah malam, dia pun keluar nak balik..Sepantas kilat la saya mengunci pintu pagar kan..Tetiba dia sambung lagi promote kopi langsing dia suruh Incik hubby beli. *adoiiii amoiiii sekarang dah pukul 1 pagi maaaaa* huhuhu.Terdetik dalam hati la..bukan tak suka orang datang rumah cuma dah tengah malam kan..datang promote direct selling pulak tu...Akhirnya dengan perasaan hampa sis amoi tu berjalan balik ke rumahnya dengan perasaan hampa tak dapat buat sale utk kopi langsingnya...
Tengok jam di dinding, dah pukul 1.15 pagi. What a Day!!!!!! haihssssssssssssss -__-
kartun dari google :)
My Hiro
Si Mimi
3 komen:
hahaha agaknya amoi tu 2-in-1 tu.. main kucing sambil2 wat biz..
mesti dia x abes kursus direct selling lg tu..ada ke jual brg time org nk tido..mmg TAK de la org nk bli kn..haha..amoi amoi~
@ axelida
amoi tu sambil menyelam minum air :)
@YanaMIB
haaa tu la pasal..direct selling tengah malam. huhuhu :)
Post a Comment