Assalamualaikum w.b.t
Macam mana nak mulakan cerita ni ya? *sob..sob..sob* Sebenarnya semangat saya tengah "down" sangat2 sekarang ni. Macam - macam hal yang terjadi sejak dua menjak ni. Saya harap sangat hati saya kuat untuk melawan segala dugaan yang datang pada saya. :(
Down I :
Bergaduh dengan 2nd bos dlm opis ni! Boleh x gitu? hadoiii walau tak boleh pun benda dah jadi. Entah la ek..mungkin sebab perangai saya yang lantang bersuara ni kot! Lepas Lantangnya bersuara baru teringat yang dia tu merupakan 2nd boss dlm opis ni. hahahaha..*Gelak sekadar menyedapkan hati*
Mungkin saya jenis lantang bersuara apabila benda tu dah memang terang terang salah. Tentulah kita tak nak buat salah kan semata-mata nak senangkan pegawai-pegawai ni kan? huh! U silap orang la ok? Saya bukan jenis yang menurut perintah kalau dah tahu perkara tu memang dah salah. Easy bukan? Just do ur own job dan jangan ganggu kerja saya!
Oh lupa pulak saya kan awak ni gred 44 yang baru saja memangku gred 48! Yang dulunya meja dan kerusi awak di luar sama dengan kami yang gred bawah ni. TAPI!!!! Itu tak bermakna awak boleh bagi arahan atau lebih tepat sekali buat arahan sesuka hati awak hanya kerana nak menyenangkan kerja awak! Helloooooo pleaseeeeee la!~ Its don't mean u boleh buat sesuka hati u saja hokey!
Down II :
Bergaduh dengan bos sendiri! Teruk kan?? Dulu unit saya punyai 2 orang pegawai yang sangat baik hati, berdedikasi, sangat rajin dan paling penting bertoleransi! Sepanjang saya bekerja dengan depa ni tak penah lagi la saya tengok depa ni seleweng ka, mengulat ka, dan yang sama waktu dengannya!
Tiba lah sekarang di mana zaman kuku besi sudah bermula! Pegawai yang baru naik ke 44 datang menggantikan pegawai lama. Punyalah bangga dia punya nombot 44!!
44 : Asyik makan je, keje tak nak buat! (dia sound saya time kami tengah buat 5S)
Saya : Heh, sekurangnya saya buat keje. Lain la En.***** tu asyik main hanpon je kehulu kehilir!
44 : Tengok nomborrrrrrr laaaaaa (maknanya saya 17 dan En.***** ni 44 )
Saya : Apesal? 44 x masuk kubur ek? 17 jer masuk kubur??? (balas saya)
Itu antara eksident saya dengan dia bertekak. Saya faham dia pegawai dan saya sebagai orang bawahan dia, saya perlu hormati dia. Tapi itu tidak bermakna dia boleh menghina saya, memberi arahan yang tidak sewajarnya utk saya lakukan di luar bidang tugas hakiki saya..
Kpd En.***** , jika terbaca la luahan hati saya ini, saya harap Encik dapat mengubah perangai BERLAGAK tu. Berpangkat itu tak bermakna awak boleh berlagak sesuka hati, menghina orang sesuka hati. Ada pegawai lain tu rileks je..tak der pun nak berlagak bagai berbangga dengan pangkat yang ada..pangkat yang ada, hanya di dunia..Akhirat kelak, amal ibadat kita yang akan membantu :)
**********************
Seriosly saya sangat rindukan boss lama saya dua orang tu. Selama saya bekerja di Unit ni, belum pernah lagi saya menangis atau semangat saya down sebegini rupa. Walaupun kadang-kadang kerja yang banyak, tapi saya enjoy saja buat kerja. Untuk pengetahuan semua, boss lama saya bertukar sebab kenaikan pangkat juga. Pn Haliza & En. Farouk, saya rindukan kepimpinan kamu berdua :(
Down II:
Ni part paling down ni! Jap sebelum tu nak tanya dulu, korang penah pegi Bangkok x kawan-kawan?
sambung balikkkkk.. haaaaa ada tak yang pernah sampai Bangkok?? Jumaat ni Incik Hubby nak pegi Bangkokkkkk!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaa :(( sob..sob..sob... sedih kan?? huhuhuhuhu..
Weekend lepas, saya temankan dorang yang nak pegi trip ke Bangkok ni g cari baju. huhuhu kat sana nanti dorang ade dinner glamour de amor lagi. masing-masing sibuk mencari dress yang santek-santek nak melaram, Incik hubby pulak senang je die memang nak pakai suit jer. Cuma nak beli jugak kasut baru. adoiii kalah la org pumpuan len. :)
Perasaan saya? sayu jer tengok dorg semua ni tengah pilih-pilih baju, pilih-pilih kasut..Rasa macam nak nangis pulak. Air mata bergenang je nasib baik sempat cover! Gambo? xde mood nak snape time tengah membeli belah sebab betul-betul tengah sedih :(( *betapa sedihnya perasaan saya*.Saya tak dapat pegi sebab masih berpantang selepas keguguran. Beside that, Incik Hubby ke Bangkok atas urusan kerja. huhuhuhu..Urusan kerja pun kauuuu..Siap ada naik criuse lagi. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :((
Semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan juga selamat ketika berada di bumi Bangkok :) Ameeeennnnn..
4 komen:
fiza, jangan la sedih2 yer...
pasal boss tu kak lynn rasa better fiza abaikan jer...biasanya org yang berlagak dengan jawatan dia nie tak kan ke mana...seharusnya dia sentiasa beringat kalau x der orang bawahan macam kita-kita nie dia tu x ke mana pun...
kesiannya hubby dia nak ke bangkok...tak per la dik...biar hubby pergi dulu...nanti minta hubby bawa fiza plak...gie honeymoon semula bila dah habis pantang...
byk nye ctr down tu...
mmng sume staff2 govt camtu ke?
klu swasta ni,bos tinggi mana pun kena dgr je maki2 diorang...
wat pekak telinga je...
Kalau down, takpe. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
fiza, ntah2 misunderstanding kot. ntah2 en. dot dot tue nak gtau dia tgk nombor kat handphone dia bukan sker bedakan gred.. xkan'la, en.dot dot tue nak malukan org unit dia kot.
Post a Comment