Tengahari tu..baru je nak lelapkan mata, aku terima SMS~
Kem : Fiza, aku dpt keja Pemb. Tadbir kewangan kat KL
Aku : Ya ka? Alhamdulillah..akhirnya ada jugak rezeki ang dpt keja tetap. Kat mana?
Kem : Kat SKM. Pejabatnya kat The Mall
Tp nnt aku nak dok mana? ang la org pertama yang aku bgtau ni.
Even mak aku pun tataw lagi ni.
Aku kena report duty 1hb nanti.
Aku : Xpa la, ang dok la umah aku dulu sementara nak dapat umah sewa ok?
Hubby aku no hal la bab2 mcm ni..
kebetulan minggu ni kami nk blk kg so blh la ang tumpang aku mai KL.
terus angkut brg sekali.
dok umah aku dulu, nnt pagi2 kita pg keja sekali.
Xda masalah la wehh boleh la..dok umah aku dulu ok.
Kem :Ok.thanks wehh.
Nnt apa2 hal, aku bgtau ang ok.
sms ini aku terima dari sahabat baik aku Kem dari kecik2 sampai la skrg ni, gadis lepasan Ijazah Bidang Ekonomi dari University Malaya yang kini sedang bekerja sebagai Admint Exercutive di sebuah hotel milik sepupunya di Perlis..Yer la zaman sekarang yang serba mencabar ni kata org tak boleh terlalu memilih kerja. Peluang yang ada rembat je buat sementara waktu sebelum dapat keja tetap.betul tak? atas alasan itulah, si Kem ni tak memilih kerja langsung dan baru-baru ini, dia telah mendapat tawaran kerja tetap menjadi ahli keluarga baru dalam jabatan kerajaan di KL walaupun jawatan tersebut bukanlah setaraf dengan kelulusan yang dia ada.
Dan sku sebagai salah seorang sahabatnya sgt la seronok mendapat perkhabaran gembira ini. Tambahan pulak, aku la org pertama yang dia bgtau berita gembira ini. Sekadar ingin membantu sahabat baikku ini, aku bertanya pada En.Hubby boleh tak dia tumpang tinggal dirumah aku buat sementara waktu sebelum dia dapat rumah sewa dan Alhamdulillah En.Hubby tiada masalah. Lagipun ada jugak la aku peneman ketika En.Hubby bertugas di malam hari.
Day by day..kami jalani kehidupan seperti biasa sementelah itu Kem ni belajar menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat kerja barunya, belajar naik bus utk balik ke rumah ku jika dia kena stay back di pejabat sampai mlm, belajar bangun awal pagi sebab kami pegi keja naik keta so kena la gerak awal dari rumah utk elakkan kesesakan lalulintas di KL ni.
Sekurang-kurangnya ada la aku peneman berbual sebab En.Hubby memang jarang ada dirumah kerana tuntutan tugasnya.Thanks Kem, sudi jugak tinggal dengan aku walaupun hanya utk sementara. hihhihihi..
Sebulan berlalu..rumah sewa pun dah dapat..kami pegi cari area Bandar Baru Sentul, dan Alhamdulillah dapat pulak mlm tu jugak. So kami decide utk booking rumah tu..bukan apa takut nanti org lain amik kan..lagipun rumah sewa dekat BBS tu mcm goreng pisang panas je. Sekejap je tampal iklan mesti ada yang call tanya pasal umah sewa.(Aku berckp berdasarkan pengalaman aku iklan cari teman sebilik time bujang dulu)
Sebelum masuk umah baru, harus la beli barang2 dulu kan?? Sempat lagi kami shopping utk barang2 Kem nak masuk umah baru dia. :))
Perghhhh banyaknye la barang ang ni Kem. hakhakhakhak..tak pa mesti complete semua kan senang, tak payah nak kongsi-kongsi barang org, nak pinjam-pinjam barang org lain kan (itu perangai aku Kems)
Tadaaaaaaaa Cik Kems My BFF
Kalo bab makan... yang kena pantang pun boleh dimakan time tue. hahahahahaha :p
Lepas makan, sempat lagi singgah Brem Mall niat di hati nak tengok Magika, sekali tak der lagi la kat Big Cinema ni hadoiiiiii apa lagik?? Karaoke la jawabnye sampai lebam!!~
Ape2 pun thanks Kems sebab sudi tumpang umah aku tu. Daripada perangai yang takut kucing boleh berubah kepada tak takut kucing. bagus jugak dok umah aku tu.hakhakhakhak..mana tak nya..kalo dah hari2 si MIMI tu asyik memvontot je si Kem ni kesana sini dlm umah tu, tak der nye dah nak takut dgn kucing kan Kems? Skrg ni weekend pun Kems masih lagi dtg lepask umah aku. Yer la dok umah sewa pun bosan jugak kan kalo tak der geng ni. hikhikhik..
p/s: Kems, jadi tak kita nak bershopiing + bowling weekend ni?
0 komen:
Post a Comment