Pages

Followers

01 November 2011

~Abah in memories 1947 - 2008~

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, November 01, 2011

- As salam -

Salam pagi Selasa yang nyaman.. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat & sejahtera hendak-Nya. Baru lepas cakap tepon dgn mama. Kebiasaannya sejak tinggal berjauhan dgn mama since ai dah kawin ni memang setiap pagi ai akan call mama sembang dgn dia sekejap bertanya khabar. walaupun boleh dikatakan setiap hari benda yang sama juga yang ditanyakan. 

Hari ini, 1-11-2011 genap 3 tahun pemergian arwah abah mengadap Illahi. Kebetulan arini juga hari lahir Farah (anak angkat yg selalu temankan mama tidur) jadi mama buat sedikit kenduri bihun goreng & kek utk dihantar ke taska Farah so Farah celebrate dgn kawan-kawan dia kat Taska nanti. Sambil menyambut hari lahir Farah sambil kenduri arwah utk abah. 

Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun kami hidup tanpa arwah abah disisi. Walaupun  arwah abah hanyalah ayah tiri ai tetapi kasih sayang dari arwah abah x sama mcm ayah tiri. Mama & ayah ai berpisah sejak ai berumur 3 tahun. After that mama jumpe arwah abah, falling in love & married. Usia ai 5 tahun mama kawin dgn arwah abah dan selepas itu ai dijaga oleh arwah sama seperti anaknya sendiri. Kasih sayang yang x pernah berbelah bahagi pada kami adik beradik tanpa membezakan anak-anak. 

Sedang mama mengandungkan Iwan 7 bulan,  mama & abah terlibat dlm kemalangan antara kereta & lori membawa muatan batu besar. Batu besar menghempap kepala abah & kereta jatuh dalam parit besar. Syukur mereka selamat tetapi abah hilang ingatan serta lumpuh kaki ke bawah. 

Iwan & my Hubby =) 

Bermula dari kejadian itu lah kami sekeluarga diuji..di mana abah lumpuh & hilang ingatan. Selama 3 bulan mama berhempas pulas mejaga abah serta berusaha memulihkan ingatan abah. Dalam masa yang sama juga mama telah melahirkan Iwan. Bila di kenang kembali, memang sgt sedih dgn keadaan keluarga ai masa tu.. 

Tapi segala kesusahan tu terubat apabila abah betul2 dah sihat. Allah Taala Maha Menyayangi hamba-Nya yangbersabar. Abah kembali sihat dan dapat bekerja semula dgn baik. Alhamdulillah berkat kesabaran mama serta semangat abah itu yang buatkan kami adik beradik semakin bersemangat walaupun onak & badai melanda keluarga kami. 

17 tahun berlalu dgn pelbagai kisah suka duka dlm keluarga tapi Alhamdulillah kami memang keluarga bahagia. Kami adik beradik makin membesar. Abang ai dah bekerja kebetulan rezeki mencurah curah ai pun diterima bekerja dlm sektor kerajaan. Yang tinggal hanya Iwan bersama mama & abah sebagai peneman.

 Sebulan sebelum arwah abah meninggal dia yang handle majlis tunang ai 

Kini genap 3 tahun ai berkahwin & genap 3 tahun jugak pemergian arwah abah mengadap Illahi. Banyak kisah suka duka kami lalui tanpa Abah di sisi. Mama.. masih setia utk bertemu abah di Syurga.. Alhamdulillah Iwan skrg dah byk berubah dari anak manja abah skrg dah ada bisnes sendiri abah.. Kakak pula belum ada rezeki utk beri abah & mama cucu.. Shah menantu kesayangan abah.. dah punya empayar dia sendiri & kalo abah masih ada..pasti abah la org paling gembira apabila shah keluarkan kereta impiannya. Mesti kalo balik kampung abah akan test drive & bawa keta dia "mandi" air kolah masjid.Alangkah indah andainya kegembiraan itu kita dapat kongsikan bersama kan abah. 

Semoga roh Arwah abah tenan di sisi-Nya.. 
Al-Fatihah utk Ismail Jaafar.. 1947 - 2008 











0 komen:

Related Posts with Thumbnails