Pages

Followers

14 September 2010

Selamat Hari Raya

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, September 14, 2010

Rasanya belum terlambat lagi utk saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada kawan-kawan blogger sekalian. Biasa la tengah - tengah mood nak raya sebelum ni, byk sgt keja kena siapkan so nak post entry baru pun terpaksa delay dulu siapkan keja dulu sebab nak cuti panjang di kampung. keh keh keh..

Mood raya masih ada walaupun suami terchenta sudah pun pulang ke KL meneruskan tugas dan tanggungjawab kepada agama, bangsa & negara. chewah!~ Namus saya masih lagi dikampung. Esok (Rabu) ptg InsyaAllah, suami akan balik ke kampung semula. Khamis pagi baru kami balik KL bersama-sama. Mana mungkin la saya nak drive sorg2 dari Perlis ke KL nanti.

Akhir kata dari Fiza sekeluarga, Salam Aidilfitri, Maaf zahir & batin andai ada ketelanjuran semasa saya post entry-entry saya sebelum ni. Yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. sesungguhnya saya sebagai manusia di bumi Allah ini tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Daripada:
Hafiza & Shaharizal Sekeluarga.


0 komen:

Related Posts with Thumbnails