Pages

Followers

03 July 2010

✿Kembali berblogging✿

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Saturday, July 03, 2010
✿Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera buat semua bloggers ✿

Wahhh dah lama rasanya aku tak hapdet blogku yang santik, somel dan seria ini (kalo aku tak puji, sape lagi la yang nak puji blog aku ni kan?) hahahahaha.. Terlalu banyak agenda yang telah tersusun dalam jadual harianku sehinggakan tiada masa yang terluang untuk aku update blog ni. Sorry banyak2 pada kawan2 bloggers yang buat blogwalking, tima kasih byk2 sudi buat blogwalking walaupun blog ni dah mcm hidup segan mati tak mahu. Hehehehe.. I'm so sorry sebab tak sempat nak buat lawatan balas lagi...memang tak buka pun blog ni sebab dah mmg tak sempat..banyak benda yang aku perlu update..so slow2 la aku update okey kawan2 ku..



♥1st May 2010♥


Tengok gambar kat atas?? Ini adalah majlis perkahwinan sepupu aku Haiza Ivie dan suaminya Herzi yang telah pun selamat berlangsung di kg halamanku di Perlis. Yang menarik dan kelakarnya, aku dengan hubby terpaksa jadi "Bidan Terjun" sebagai pengapit pengantin. Haishhhh bayangkan la batapa kalutnya dengan hubbyku yang sememangnya tak bawa balik baju melayu ke kg. Nasib baik la ada jugak butik yang beroperasi pada Hari Pekerja dan Alhamdulillah semuanya telah pun selamat. Majlis Perkahwinan ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Raja Muda Perlis serta Tetamu Diraja dari Slovenia utk melihat budaya perkahwinan di Malaysia. Gambar yang lain mmg tak sempat ambil la sebab kami jadi pengapit, mengharapkan ihsan org lain saje la. :))

Congrates to Ivie dan Herzi, semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu :))


♥Event at PWTC♥

Dah habis dengan majlis kenduri kahwin sepupuku, sibuk pulak aku nak meneman hubby yang ada event di PWTC. Tak banyak gambar kenangan yang diambil sebab masing2 sibuk dgn tugas masing-masing dan aku hadir sebagai memberi sokongan pada hubby :))



♥Jom Karaoke♥

Antara korang semua, mesti ada yang suka karaoke kan? Sama jugak la aku dan hubby punyai hobi yang sama iaitu melalak karaoke utk hilangkan tension kerja. So gambar kat atas antara yang sempat di candid ketika sesi karaoke diadakan :))

♥Makan-makan Sup Gearbox Part I & II♥

 

Oho!! Ni sesi makan-makan Sup Gearbox Paart I&II aku gabungkan sekali. Sape yang tak suka sup gearbox angkat tangan?? Depend kepada org tu jugak la kan..ada yang suka, ada yang tak suka makan sup gearbox ni sebab lemaknya yang banyak, boleh membahayakan kesihatan pulak kan. Ni mmg favourite hubby. Aku makan daging je yang lain die yang tolong clearkan. hahahaha..

♥Mini Teambuilding♥

Bulan Jun sudah!! hahahahaha..kau..update 2bulan terus kan berjemaah gitu!~ hihihihi..
Awal bulan Jun lepas, aku dan hubby ada mengikuti program pemantapan keyakinan diri dalam Mini Teambuilding yang telah kami sertai. Tapi kami bukan satu kumpulan ok!! Di sini tak kira suami isteri ke must be profesional. Alhamdulillah MTB ini telah memberikan impak yang positif kepada aku dan hubby. Walaupun kami keluarkan duit poket sendiri, tapi mmg berbaloi-baloiiiii kesan yang kami dapat. pendek kata Alah Membeli Menang Memakai la dalam erti kata yang lain dengan bayaran yang kami buat, kesannya jelas lebih dari harga yang perlu kami bayar utk sertai kursus ini. Sambil dapat pengalaman baru, sambil dapat kawan-kawan baru dan yang paling penting, MTB ini dapat meningkatkan tahap keyakinan dan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas-tugas harian. Kalau ada lagi anjuran untuk kali ke-dua, InsyaAllah kami akan sertai sekali lagi :))

♥Saya telah "dicium"!!♥

Haahhhh?? Sape yang cium saya ni?? Huhuhuhu..jgn panik ok.. sebenarnya seminggu selepas balik dari MTB, cik putih telah pun dilanggar dari belakang ketika dalam kesesakan di tengah2 KL ni..so bumper belakang sama sensored mmg out of services terus tapi syukur sgt2 hubby selamat tanpa sebarang kecederaan.

Update: Skrg Cik Putih dah kembali normal dengan set bumper belakang dan sensored yang baru :))



 




P/s: hati2 la bila memandu. Kadang2 kita berhati-hati tetapi tidak pada pemandu yang lain yang suka hati je bila memandu. Akibatnya, menyusahkan pihak yang lain.

2 komen:

LyNn HaMzAh on Jul 3, 2010, 7:47:00 AM said...

wah...memang dah lama x berupdate nie...lepas nie terus2 la update yer...

Lalinkfyza on Jul 19, 2010, 6:44:00 PM said...

hihihihihi..yer kak lyn..tak sempat nak update, banyak benda nak update, mood tak der..bila ada mood, otak blur pulak :P

Related Posts with Thumbnails