Image kredit to Google
Salam
Wah..dah lama rasanya aku berehat dari berbloging kan selepas kejadian misscarrige aku awal bulan yang lalu. Tak tahu mana nak mula cerita sebab banyak sangat kejadian yang berlaku semasa aku sakit aritu. Dan sekarang aku berada di kampung halaman ku yang terchenta~ Perlis Indah Lagi Mempesonakan~
Balik kampung atas urusan kerja En. Hubby dan jugak menghantar mama tersayang balik. Sian pulak nak bagi balik dgn bas. Ada juga cadangan nak bawa balik naik flight je tapi yer la karenah mama tak nak pulak katanya naik flight. Membazir la, takut nak naik la dan bermacam-macam lagi la alasan yang aku rasakan sebenarnya sangat tak relevan utk dijadikan sebagai alasan (^__^)
Fikiran sangat tenang jauh dari serabut dan kesibukan Kuala Lumpur tanpa perlu aku memikirkan tentang kerja untuk hujung minggu dikampung ini. I like.. Lagipun, atas nasihat doktor jugak, aku perlu mengawal emosi dan menjaga kesihatan aku yang kian beransur pulih selepas keguguran aritu.
Semangat aku bertambah kuat selepas apa yang terjadi pada aku tempoh hari. Sesungguh setiap apa yang telah ditakdirkan pada kita pasti ada hikmah dari-Nya Yang Maha Esa. Bak kata org, Always Think Positive InsyaAllah semuanya akan menjadi positive right?
Apa yang kau mengarut ni Labu?? Tetiba mood sedih pulak ni. Thank pada semua yang banyak bagi support, kawan2 dari blog, kawan2 sekerja, family dan En. Hubby yang sgt2 memahami keadaan dan emosi aku di kala ini. Thank You so much Dear~
[Nota Kaki : Lepas ni aku akan slow update blog ok. aku bz dgn tender & sebutharga di opis. Kat rumah pulak internet En. Biru tak clear :(( ]
1 komen:
aduhai...
bila la fiza nak update nie...
anyway...
moga tabah hadapi segalanya yer fiza...
be strong...
insyaallah ada rezeki utk fiza n suami nanti...
Post a Comment