PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya. Dalam keadaan ini keguguran berlaku di mana janin dan segala tisu yang berkaitan keluar dengan sendirinya.
Ini lah yang telah belaku kepada aku pada minggu lepas!! Ya Allah Ya Tuhanku..Kuatkan lah semangat hamba-Mu ini menghadapi dugaan yang hebat dari-Mu. Mungkin ada hikmahnya perkara seperti ini berlaku dan mungkin jugak bukan lagi rezeki kami utk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Walauapapun, aku perlu berfikiran positif bahawa apa yang berlaku skrg mesti ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa aku. Kami pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya utk kami hadapi. Dugaan ini juga mungkin akan lebih mematangkan mental aku bagi menempuh dugaan yang lebih sukar di masa depan InsyaAllah!!
Semoga suatu hari nanti, Allah s.w.t yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Menyayangi akan mendengar doa kami yang satu ini~ Ameennn!!
P/s: Setiap dugaan yang hadir pasti ada hikmah yang tersendiri dan setiap makhluk Allah di muka bumi ini sudah pastinya dipilih utk menghadapi cabaran dan dugaan dari-Nya yang berbeza-beza. Hadapinya dengan tenang, Banyakkan usaha, doa dan bertawakal. InsyaAllah..Amennn..
5 komen:
Ya ALLAH...Sorry to hear that...Moga Fiza & Suami tabah yer mengahadapi dugaan ini...Insyaallah rezeki untuk Fiza & Suami akan kunjung tiba juga nanti...
TQ sebab wish birthday utk Qistina...
sabar yer...
pasti akan ada rezeki awak dan hubby...
thanks kak lyn :))
doa yg terbaek k..amin
sis ct :
Thanks akak..
sis oya:
InsyaAllah, Ameennn..thanks sis!
Post a Comment