Pages

Followers

31 October 2012

Hong Kong Trip 2011 - Day 1

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, October 31, 2012
Assalamualaikum w.b.t

1st story update ai adalah Hong Kong Trip!! Padahal dah lama dah pegi tapi baru nak update kan. cerita pun dah basi dah wahai sahabat sekalian..xpa la maybe kita boleh berkongsi pengalaman yg ada sedikit sebanyak kan..

Penerbangan bersama Air Asia dari LCCT KL ke Hong Kong International Airport mengambil masa 3 Jam 50 Minit atau lebih kurang 4 Jam. seawal jam 5pagi rombongan seramai kami 35org terdiri drp team2 hubby berkumpul di LCCT KL sbb flight pukul 6.30 pagi.. semua excited sbb masing2 pun ni la 1st time nak menjejakkan kaki ke Negara yg memang terkenal dgn metropolitannya. Masing-masing beg penuh diisi makanan ringan spt biskut, maggie, milo 3 in 1, susu dan sebagainya sbg persediaan ketika di sana nnt sbb takut susah dapat makanan Halal.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami selamat tiba di HKIA. waktu disana sama dgn Malaysia so xpayah nak adjust jam boleh ikut time Malaysia. Cuaca kat sana masa tu lebih kurang 14 darjah celcius. agak sejuk la walaupun matahari memancar tapi bayu angin yg sejuk.

Sesampainya kami di Hotel yg terletak di tengah bandar Hong Kong iaitu Kowloon, Mong
Kok yang sememangnya bandar yang sibuk siang dan malam hari. Hotel kami mengadap Langham Place, Mong Kok. Untuk pengetahuan semua Langham Place ini merupakan salah satu shopping kompleks  plus hotel terkemuka di Bandar Mong Kok. Jadi agak mudah la utk kami mencari makanan halal spt MCDonald. (Kat MCD pun kami makan buger fillet o-fish saja dan juga kentang goreng)


Baru smpai hotel

Cuaca di sana sgt sejuk dan mendamaikan walaupun keadaaan trafik yg sangat sibuk dgn kesesakan pengangkutan awam spt bas dan teksi. Kat Hong Kong ni penduduk lebih suka gunakan kenderaan awam spt Bas, teksi dan MRT sbb kos minyak yg sangat tinggi. (Maka beruntunglah kita rakyat Malaysia yg dpt subsidi dari Kerajaan ^__~ )


bersama hubby

Kat Lobby Langham Place.

Later ai update cerita pegi jalan-jalan kat The Peak ok.
Tata (*__^)




0 komen:

Related Posts with Thumbnails