Pages

Followers

02 March 2011

Terima kasih awak!

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, March 02, 2011 8 komen
Pastinya awak masih ingat lagi bait-bait lagu di bawah kan awak? Bait-bait lagu yang pernah awak tujukan pada saya sewaktu kita masih lagi belajar bersama.. sekarang..awak dan saya punya haluan sendiri..punya perjalanan masing-masing..punya takdir tersendiri..Terima kasih awak.. *sob..sob..sob..* 


Jangan pernah takut ku tinggalkan 
Saat bintang tak mampu lagi berdendang 
Saat malam menjadi terlalu dingin 
Hingga pagi tak seindah biasanya 

Korus 
Takkan mungkin kita bertahan 
Hidup dalam bersendirian 
Panas terit hujan badai 
Kita lalui bersama 

Saat hilang arah tujuan 
Kau tahu ke mana berjalan 
Meski terang meski gelap 
Kita lalui bersama 

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi 
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik 
Agar kita tak pernah menjadi jauh 
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh 

Ulang Korus 

Pernah kita jatuh 
Mencuba berdiri 
Menahan sakit dan menangis 
Tapi erti hidup lebih dari itu 
Dan kita mencuba melawan

Terima kasih awak..saya tahu awak sentiasa mengikuti perkembangan tentang diri saya walaupun awak ego tidak mahu menunjukkan perasaan awak yang sebenar kan.. saya tahu..awak masih sudi mengambil berat tentang saya yang dulu pernah menjadi teman baik awak..terima kasih untuk saat-saat terindah semasa kita berkawan baik dulu..

Last but not less, saya tahu awak selalu baca blog saya walaupun awak pretend seperti tidak tahu apa address blog saya! :) 

Thanks you awak! Saya doakan kebahagiaan awak selalu :) 

01 March 2011

WHAT A DAY !! PART II

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, March 01, 2011 3 komen

Assalamualaikum w.b.t


WHAT A DAY !! PART II ini adalah rentetan sambungan daripada kisah WHAT TA DAY!!! PART I *muehehehehe*


Kisahnya weekend lepas (Ahad) saya ke Nilai bersama Incik Hubby. As usual, weekend kalau tak dak aktiviti apa apa kami akan ke rumah kakak Incik Hubby luangkan masa melawat keluarga di sana.  Sewaktu kami baru je sampai di parking kat bawah rumah terserempak la dengan jiran depan rumah. Depa ni chinese kat so memang sangat baik dengan kami (saya dan Incik Hubby). Kebetulan la dah lama tak jumpa since saya bercuti sakit di kampung selama 3 minggu. 

Jadinya kami berborak-borak sambil naik tangga. Rumah saya tingkat 1 jer so memang takkan naik lif la sebab lif pun jauh di bahagian tengah bangunan. Baik naik tangga je sebab rumah memang depan tangga. Muehehehe.. Dah sampai depan rumah tu lepas dah buka pintu rumah terjengul la si kecik 2 ekor tu.. (Si Mimi & Si Hiro) waktu tu dah pukul 11.30 malam. Esoknya Isnin iaitu hari bekerja ya kawan-kawan...

Haaahhh!! Dah kebetulan la sis amoi ni nampak si kecik 2 ekor tu..apa lagi..die meluru la datang main dengan si kecik 2 ekor ni.. Dulu dorang pun bela juga kucing but since dia dah ada baby ni, mummy dia tak bagi la bela kucing sebab kucing kan binatang berbulu..huhuhu..jadi dia melepaskan rindu utk bermain dengan kucing di rumah kami..

Sambil - sambil sis amoi ni bermain bermanja dengan si kecik 2 ekor ni, saya kemaskan dapur (rumah saya jenis dapur di depan) so boleh la nak melayan tetamu yang datang kan sambil menjeling ke arah jam di dinding..Terdetik dalam hati jahat ni *amoi ni tak nak balik ke dah lewat tengah malam dah ni..esok nak keje..mata dah mengantuk ni..*

Incik hubby pulak melayannnnnn sis amoi ni dengan ramah tamahnyaaa..bagus melayan tetamu ni..tapi dah tengah malam kan..lepas dah habis sesi beramah mesra dengan Si Mimi & Si Hiro, dia promote pulak suruh beli kopi langsing la, promote insurance la, promote suruh beli barangang emas white gold dari Korea la..*haiyakkkkkk amoiiii..Esok saya mau kerja Looooo..huhuhuhu* 

At the end maybe dah timbul kesedaran kot yang dah tengah malam, dia pun keluar nak balik..Sepantas kilat la saya mengunci pintu pagar kan..Tetiba dia sambung lagi promote kopi langsing dia suruh Incik hubby beli. *adoiiii amoiiii sekarang dah pukul 1 pagi maaaaa* huhuhu.Terdetik dalam hati la..bukan tak suka orang datang rumah cuma dah tengah malam kan..datang promote direct selling pulak tu...Akhirnya dengan perasaan hampa sis amoi tu berjalan balik ke rumahnya dengan perasaan hampa tak dapat buat sale utk kopi langsingnya... 

Tengok jam di dinding, dah pukul 1.15 pagi. What a Day!!!!!! haihssssssssssssss -__- 


kartun dari google :) 


My Hiro


Si Mimi 

THE FACEBLOG

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, March 01, 2011 1 komen

Assalamualaikum w.b.t

Haaahh rasanya dah ramai yang tahu pasal kewujudan THE FACEBLOG ini. Cuma saya jerk antara yang baru terkedek-kedek nak sertai komuniti The Faceblog ini. hahaha..Biasa la orang yang sibuk kalah Menteri ini memang la selalu macam ni. Entry yang dah berlapuk ini, saya siapkan juga hari ini. Kan semalam saya dah berjanji yang saya akan cuba juga shared entry-entry yang boleh dikongsi bersama readers sekalian kan :) 

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


Jadi apa tunggu lagi? Moh la kita sertai komuniti The Faceblog ini. Disamping boleh berkongsi pelbagai informasi , dapat juga kita menambah rakan blogger kita. kan kawan-kawan?? 



Related Posts with Thumbnails