Pages

Followers

Showing posts with label Mong Kok City. Show all posts
Showing posts with label Mong Kok City. Show all posts

06 November 2012

Hong Kong Trip - Day 2

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Tuesday, November 06, 2012 2 komen
Assalamualaikum w.b.t

Kita sambung balik cerita Hong Kong ai aritu yg tergendala selama 5 hari. Awal bulan gini mmg agak bz skit so ai settle mana yang penting dulu. hikhikhiks.. Hari Kedua di Hong Kong kami pusing lagi bandar Hong Kong. Kali ini kami ke World Trade Centre di mana opis husband ai ada di sana juga. So sambil singgah di opis hubby sambil tu boleh jalan-jalan juga.

World Trade Centre merupakan salah satu bangunan perniagaan yg besar di sana. Ibarat macam kat Malaysia kita pun ada PWTC rite? So sama juga di sana cuma bezanya di WTC Hong Kong, banyak syarikat perniagaan yang besar dan megah memiliki lot disini termasuk lag company my hubby juga.

Jom layan gambar kat bawah sambil kita kongsi pengalaman sikit-sikit :) 


Kami sampai awal jadi WTC belum lagi dibuka. hihihi.. Time ni dkt dgn perayaan Kristmas jadi diorg hiaskan berkonsepkan "FeatherLand"

Nampak x bulu-bulu tu real kan :)


Dalam MRT ketika on da way nak ke WTC. besa la pagi ke ptg ke malam ke MRT mmg always full dgn masyarakat di sana sbb diorg suka gunakan perkhidmatan MRT senang dan cepat. MRT setiap 2 minit smpai. Kalo kat Malaysia setiap 15 minit. +___+


Jarang skali dapat duduk. Selalu berdiri jer la. Lgpun kalo ada seat pun utamakan golongan tua merangkap slogan kerajaan Malaysia!



Lepas melawat opis hubby, kami dibawa ke satu restoren Halal iaitu "Nasi Ayam Penyet" . Tokey restoren ni Cina Muslim. Diorg dari Indonesia merantau ke Hong Kong hingga boleh membuka restoren di tengah-tengah bandaraya Hong Kong. Harga sepinggan Nasi Ayam Penyet di Hong Kong adalah RM70.00 berbeza dgn Malaysia paling mahal pun RM15.00 kan? Time tu ai mmg betul2 menghargai sebutir nasi sbb susah nak dapat makanan halal tambah lagi nasi. hihihi..


Malam Kami singgah di Arena of Stars. Kat sini ada monumen Jackie Chan. Kat sini ramai org lepak menghirup bayu segar dan sejuk di sana sambil menikmati pemandangan malam yg sangat romantis!!

Baru hari ke-2, nanti sambung lagi ok. :) 


31 October 2012

Hong Kong Trip 2011 - Day 1

Hasil Nukilan oleh Lalinkfyza at Wednesday, October 31, 2012 0 komen
Assalamualaikum w.b.t

1st story update ai adalah Hong Kong Trip!! Padahal dah lama dah pegi tapi baru nak update kan. cerita pun dah basi dah wahai sahabat sekalian..xpa la maybe kita boleh berkongsi pengalaman yg ada sedikit sebanyak kan..

Penerbangan bersama Air Asia dari LCCT KL ke Hong Kong International Airport mengambil masa 3 Jam 50 Minit atau lebih kurang 4 Jam. seawal jam 5pagi rombongan seramai kami 35org terdiri drp team2 hubby berkumpul di LCCT KL sbb flight pukul 6.30 pagi.. semua excited sbb masing2 pun ni la 1st time nak menjejakkan kaki ke Negara yg memang terkenal dgn metropolitannya. Masing-masing beg penuh diisi makanan ringan spt biskut, maggie, milo 3 in 1, susu dan sebagainya sbg persediaan ketika di sana nnt sbb takut susah dapat makanan Halal.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami selamat tiba di HKIA. waktu disana sama dgn Malaysia so xpayah nak adjust jam boleh ikut time Malaysia. Cuaca kat sana masa tu lebih kurang 14 darjah celcius. agak sejuk la walaupun matahari memancar tapi bayu angin yg sejuk.

Sesampainya kami di Hotel yg terletak di tengah bandar Hong Kong iaitu Kowloon, Mong
Kok yang sememangnya bandar yang sibuk siang dan malam hari. Hotel kami mengadap Langham Place, Mong Kok. Untuk pengetahuan semua Langham Place ini merupakan salah satu shopping kompleks  plus hotel terkemuka di Bandar Mong Kok. Jadi agak mudah la utk kami mencari makanan halal spt MCDonald. (Kat MCD pun kami makan buger fillet o-fish saja dan juga kentang goreng)


Baru smpai hotel

Cuaca di sana sgt sejuk dan mendamaikan walaupun keadaaan trafik yg sangat sibuk dgn kesesakan pengangkutan awam spt bas dan teksi. Kat Hong Kong ni penduduk lebih suka gunakan kenderaan awam spt Bas, teksi dan MRT sbb kos minyak yg sangat tinggi. (Maka beruntunglah kita rakyat Malaysia yg dpt subsidi dari Kerajaan ^__~ )


bersama hubby

Kat Lobby Langham Place.

Later ai update cerita pegi jalan-jalan kat The Peak ok.
Tata (*__^)




Related Posts with Thumbnails